Pages

Wednesday 24 December 2014

KAWANKU

ASSALAMUALAIKUM...Pagi tadi tempat saya praktikal baru sahaja habis buat jamuan tuk salah seorang sahabat yang saya dapat ketika saya menjalani praktikal di Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh iaitu Wani (nama pendek dia...)
 Gambar : Farhan, Wani, Azah

Disamping ini saya nak mengucap kepada sahabat saya syazwani...mohon maaf di atas silap dan salah saya sepanjang perkenalan kita...mana tau awok ade trase hati huhu.
Gambar di bawah ialah gambar sepanjang masa jamuan berlalu kecuali masa makan kitorang tak snap sebab terlalu asyik makan makanan yang disediakan  unit pentadbiran dan kewangan nasi lemak ayam rendang perghhh....memang terbaiklah.....


Seterusnya E.O. Ros kami memberi kata-kata penghargaan kepada wani dan seterusnya memberi sijil penghargaan kepada wani atas segala kerja yang beliau bantu selama beliau berkhidmat sebagai pelatih praktikal IT bukan sahaja kepada unit IT bahkan satu Pejabat Daerah Dan Tanah dia bantu sekiranya dipanggil...





Dan akhir sekali, kami sempat ber selca beramai-ramai .....




 

 Yang ada dalam : Kak ina, Kak mieza, CC Paridah, Kak Siti, Kak Tikah, CC Hana, Farhan, wani, Saya, Kak Wan, Kak Bar, E.O. Ros,  dan Kak Nor.

Yang tak de dalam Gambar : Datin gee, Pn. Meera, C.K., Shahrol, Khalid, Kadri, Kak ida, Kak Farah dan Kak Anom.

Terima kasih sekali lagi Wani kerana menceriakan hari-hari kami di PDT TEMERLOH.




Tuesday 9 December 2014

FOLLOW JANGAN TAK FOLLOW..!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah setelah sekian lama tak mengupdate my blog huhu...ade antara rakan dan guru dimana button follow saya. Hahahaha serius saya tak tahu pun dalam blog saya takde benda alah ni hahahaha...ha sekarang blog saya da ada button follow jangan lupa tekan button follow kalo da singgah dekat sini yer hehehehe...Terima Kasih atas sokongan kalian...



Wednesday 8 October 2014

PRAKTIKAL HARI KE-2

ASSALAMUALAIKUM...
TODAY I AM THE PINK...!!!

HARI INI DAPAT TUGASAN PERTAMA KEY-IN DATA...TAPI DISEBABKAN SISTEM TAK BERAPA OK TANGGUH PETANG KARANG URM...MENUNG LAGI LA NAMPAKNYA..
TUGASAN YANG MENANTI DA ADA TAPI BELUM DISERAHKAN LAGI KE  TANGAN HUHU...SAYA SEDIA MENANTI MU KERJA SEHINGGALAH KE 9 FEB 2015 DI MANA PRAKTIKALKU TAMAT PADA TARIKH TERSEBUT...
PAGI TADI DAPAT SAYA SIAPKAN SEDIKIT KERJA YANG DIBERI OLEH MAK SEDARA BAB 1 BARU TU PUN TAK HABIS....

KERJA OH KERJA AKU MENANTIMU SEHINGGA TAMAT TEMPOH PRAKTIKAL KU DISINI...
SEMENTARA ITU SAYA MENCARI-CARI KERJA SEBAGAI PEMBANTU TADBIR GRED N17 KEPADA PARA PEMBACA YANG SAYA SAYANGI...KALAU TAHU DIMANA ADA KEKOSONGAN JAWATAN TERSEBUT TAK KIRALAH KERAJAAN OR SWASTA KASI TAHU K...SAYA NAK KEJAR KERJAYA DAN INGIN MEMBINA SATU KERJAYA UNTUK DIRI SAYA DIMANA SAYA DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN MENGGUNAKAN ILMU YANG SAYA ADA. SEKALI GUS PENGALAMAN PRAKTIKAL YANG SAYA DAPAT DISINI LEBIH MEMBANTU SAYA DIMASA AKAN DATANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

ASSALAMUALAIKUM...

PENGALAMAN PERTAMAKU

ASSALAMUALAIKUM...



NAMA SAYA NURAZAH BINTI SAZALI. HARI INI BERMULALAH PENGALAMAN PERTAMAKU DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH PAHANG, MALAYSIA. HUHU TAK SANGKA AKU MERASAI JUGAK PENGALAMAN BEKERJA DI DALAM PEJABAT. SEBELUM INI TIDAK PERNAH TERLINTAS DI BENAK FIKIRANKU SEMENTELAH SEBELUM INI AKU HANYA BELAJAR SETAKAT SPM DAN BEKERJA SEBAGAI PENGASUH DAN PEMBANTU TASKA. PERMULAAN LANGKAH PERTAMAKU SEPERTI KALIAN SEDIA MAKLUM SELEPAS PLKN HIDUP SAYA SEPERTI ORANG YANG TIADA TUJUAN. DENGAN NIAT MENOLONG SEDARA YANG SAKIT DIBALAS DENGAN PERBELANJAAN DAN TAGUNGAN OLEH IBU SAUDARA YANG TIDAK PUTUS MEMBERI AKU SOKONGAN UNTUK BELAJAR DALAM BIDANG PENTADBIRAN. DENGAN ITU BERMULALAH TARIKH KERAMAT 22.04.2014 DIMANA MAK TEH SAYA MENDAFTARKAN SAYA UNTUK BELAJAR 
DI INSTITUT PERDAGANGAN MUNSHI. 

PADA SAAT ITU JUJUR AKU TERSANGAT BLUR AKU BERFIKIR 'NANTI KERJA APA...???', "AKU NAK KERJA APA?" , "APA SEBAB AKU BELAJAR SINI..???" LAMA KELAMAAN DENGAN BERKAT AJARAN GURU YANG SENTIASA MENGINGINKAN PELAJARNYA BERJAYA AKHIRNYA COACH SAYA CF,CA, SIR SHARIF, HJ NASIR DAN TIDAK LUPA EN ZUL YANG MENDIDIK SAYA DAN RAKAN-RAKAN AKHIRNYA GAMBARAN BLUR PADA AWALNYA BERJAYA MEREKA GILAPKAN SEHINGGA MENAMPAKKAN AKU KEPADA JALAN YANG SETERUSNYA.

PERMULAAN MASUK KE UNIT NI BERASA SANGAT BERDEBAR SEHINGGAKAN HAMPIR LIMA KALI KELUAR MASUK NAK MASUK KE PEJABAT BARU. BARU TADI SAYA MELAPORKAN KEPADA PEGAWAI UNTUK MELAPORKAN DIRI. AKU BERHARAP DISINI LAH PENTAS UNTUK AKU BERJAYA SUATU HARI NANTI. KINI AKU TELAH MENJADI PELAJAR PRAKTIKAL DI TEMPAT YANG SAYA SEBUTKAN DI AWAL TADI. SAYA MOHON DOA DARI SEMUANYA UNTUK SAYA BERJAYA DI DALAM DUNIA PENTADBIRAN INI IN SHAA ALLAH. TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA KERANA SUDI MEMBACA.

RAKAN SATU PRAKTIKAL BARU BERKENALAN SEBELAH KIRI SAYA SYAZWANI
PELAJAR DARI UITM. PAGI TADI SEMPAT SAYA MENGAJAR RAKAN NI MENAIP MENGGUNAKAN TYPING WEB HUHUHU...

AKHIR SEKALI SALAM SAYANG DARI SAYA KEPADA SEMUA PEMBACA ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

SAMBUNGAN PENULISANKU....BAB 2



BAB 2
“Assalamualaikum mama...”
“waalaikumussalam sayang...lewat sampai. Kata babah, pukul lima setengah kamu bertolak pulang dari taman selepas habis jogging. Ni dah nak masuk jam lapan baru sampai rumah. Abah kamu pun agaknya dah siap solat maghrib..cepat siap mandi, solat pastu kalau sempat pergilah surau sana jemaah isyak pulak kat sana okey.”
Adam darwisy sekadar mengangguk dan terus menapak masuk ke biliknya dengan keadaan letih sekali. Usai mandi Adam terus melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
“amin ya rabal alamin..” selesai solat maghrib Adam berehat sebentar sambil melihat pemandangan dari luar biliknya.
 Hari ni dia bersukan lebih dari kebiasaanya kerana sudah sebulan dia sibuk dengan kerjanya sampai tiada waktu untuk pulang ke pangkuan keluarga. Walaupun jarak antara rumah mama dan babah dan pejabatnya tidaklah sejauh mana akan tetapi dia lebih selesa untuk mempunyai rumah sendiri kerana dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga dan pejabat.
Kesibukkan kerjayanya membuatkan dia tidak mempunyai waktu untuk dia bersenam. Tadi dia tak sedar jam sudahpun menunjukkan jam 6 suku lebih dan terus teringat  janjinya dengan abah tuk pergi ke surau.
Dan dalam keadaan yang terburu-buru dia telah terlanggar seorang perempuan. Dia ingin meminta maaf akan tetapi masa yang berjalan dia teruskan saja lariannya tanpa menoleh lagi kebelakang. Kata-kata maaf hanya mampu terluah dalam hatinya.
Siapalah agaknya perempuan yang aku langar tadi. Bukan aku tak dengar dia marah-marah minta aku say sorry dekat dia. Tapi nak buat macam mana aku pun kesuntukkan masa. Azan maghrib nak berkumandang dah. Rumah mama dan babah pulak bukannya dekat. Berangan punya berangan.
“ya Allah dah jam lapan setengah, sekejap lagi waktu isyak dah nak masuk. Ambik wudhu’ dululah..” usai mengambil wudhu’ kereta Adam meluncur laju menuju ke surau yang berada berdekatan dengan rumahnya.

“Qisha, sedapnya nugget ko tadi. Nanti ko tulis resipi dia aku nak. Nanti bolehlah aku masak untuk keluarga aku kalau aku balik nanti okey? Terima kasih sangat sayang ko.”
“ha? Aku tak cakap pun boleh, ko dah perasan lebih-lebih kalau aku tak bagi ko nak bagi aku ape?”acahku.
“kau tak cakap boleh pun aku dah tahu ko akan bagi gak resipi tu...sebab kau bukan jenis kedekut ilmu ataupun harta benda itu yang aku pasti.” telah Dhia.
Aku dah tak boleh nak rahsia apa-apa dari Dhia kerana persahabatan selama dua tahun ini membuatkan dia lebih mengenali diriku dengan lebih rapi. Ini yang membuatkan kau adalah  antara orang yang aku percayai. Terasa bahagia tambah terharu apabila ada orang yang tahu menghargai kita.
“yela Wardhiatul Asmaniah ko lah sahabat sejati yang aku ada sekarang dan in shaa Allah untuk selamanya.”luahku dengan satu rasa yang amat tulus dari sudut hatiku yang paling dalam.
“eh Dhia, adik ko masuk bidang apa kat UIA tu?”tiba-tiba aku teringat kat adik Dhia yang baru menjejaki ke dunia baru.
“oh..dia ambil bidang kejuruteraan.” Kata Dhia.
“oh..nak jadi engineer la ni...? aku harap adik kau Danish berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Nanti kau kirim salam assalamualaikum dekat Danish cakap akak comel Qisha teringin nak jumpa adik Danish”
“boleh je..tarak hal punya...”
Tak sempat Dhia nak  habiskan kata-katanya kedengaran telefon laguku yang berbunyi menjerit-jerit minta diangkat.
“ Assalamualaikum mak...mak, abah apa khabar? Sihat?” tanyaku sopan.
“ Waalaikumussalam nak...mak  dan abah kamu sihat Alhamdulillah. Kamu nak macam mana duduk kat tempat orang sihat? Bila kamu nak balik rumah dah lama rasanya kamu tak balik rumah. Mak rindu.” Luah mak.
Rindu betul Puan Marina akan anaknya yang sudah hampir setahun tidak mahu pulang ke rumah semenjak peristiwa dia memaksa anaknya berkahwin dengan pilihan dirinya.
“Qisha sihat Alhamdulillah jugak mak, mak janganlah risau. Qisha tak bersedia lagi nak balik rumah nantilah mak bila Qisha dah kuat nak hadapi orang kampung. Qisha tak sanggup. Qisha malu… ” terasa sebak menjengah ke hati Qisha.
“Tapi nak, mak harap Qisha boleh balik kampong mak rindu sangat dengan Qisha.” Rayu Puan Marina.
Sebak mula bertandang di hati Qisha. Bukan dia tidak mendengar esakkan  kecil yang mungkin sedang ditahan sebaik mungkin oleh ibunya. Qisha sayang mak, sayang sangat-sangat. In shaa Allah suatu hari nanti nur akan balik juga ke sana bila Qisha da bersedia. Harap mak dapat tunggu.
Maafkan Qisha mak, Qisha tak dapat nak tunaikan janji mak dalam masa terdekat ni. Bukan Qisha tak tau kenapa ada orang yang iri hati pada keluarga kita mak. Kita bukannya berharta sangat pun dan anak-anak mak bukannya cerdik sangat pun. Tapi kenapa orang merasakan tercabar sedangkan keluarga kita hanyalah sebuah keluarga yang sangat-sangat biasa.  Abah seorang pekerja swasta dan mak hanyalah seorang suri rumah yang biasa dan mak dan abah perlu menyara kelima-lima anak yang IQ nya setakat boleh sahaja. Bermacam usaha sudah dilakukan tapi anak-anak mak dan abah banyak menyusahkan dari menyenangkan. Betulkan mak?
Malam itu bersaksikan hari yang gelap dan hujan ribut petir yang saling menyambar menyatakan perasaanku yang tengah berlawan perasaan rinduku terhadap orang tuaku dengan wajah-wajah orang-orang kampong yang selalu mencari masalah dengan keluargaku.
Sewaktu dahulu boleh dikatakan aku ini adalah anak yang tak tahu berbudi. Bila aku berbudi kata aku lurus bendul. Bila aku mendapat kerja yang elok diburukkan lagi dengan tohmahan-tohmahan yang penuh dengan nista. Bila aku dilamar dan bakal dikahwini lagilah bermacam-macam versi yang aku dengar walaupun segala yang dikatakan itu belum pernah terlintas dibenakku untuk melakukannya. Betullah lidah itu tidak bertulang dan mampu memutarbelitkan fakta dengan mudah. Dan tanpa bukti yang kukuh aku dipersalahkan atas sesuatu perkara yang aku tidak lakukan.

Sunday 14 September 2014

SALAHKAH AKU....????

PETANG TADI ADA SEORANG KAWAN YANG MENCURAHKAN RASA...
JADI SAYA MENEGUR...
AKAN TETAPI TEGURAN ITU DISAMBUT DENGAN KETIDAKPUASAN HATI SI SAHABAT...
 PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MOHON JUTAAN MAAF ANDAI TEGURAN SAYA BUAT AWAK TERASA HATI BUKAN NIAT SAYA TETAPI ATAS DASAR NAMA SAHABAT, SAUDARA SEISLAM, SAYA TETAP TEGUR AWAK..

SEBENARNYA SUDAH LAMA SAYA INGIN MENEGUR AKAN TETAPI SAYA TAKUT PANAS BARAN AWAK YANG TERLALU TINGGI MEMBUATKAN AWAK MARAH SAYA DAN TIDAK LAGI MAHU BERKAWAN DENGAN SAYA. SEKARANG SELEPAS SAYA PELAJARI SEDIKIT ILMU, SAYA RASA BIARLAH SAYA DI MARAHI ATAU DIPULAU OLEH AWAK ASALKAN SAYA TIDAK DIPERTANGGUNGJAWABKAN "DISANA" NANTI.
IA SAYA AKUI DOSA AWAK, AWAK TANGGUNG SENDIRI AKAN TETAPI "DISANA" NANTI SAYA TIDAK MAHU AWAK AMBIL PAHALA SAYA. JIKA PAHALA SAYA "CUKUP MAKAN" SAJA  ADAKAH TEGAR UNTUK MELIHAT SAYA MENERIMA BUKU AMAL SAYA DENGAN "TANGAN KIRI" CUKUPLAH DENGAN DOSA YANG TELAH SAYA LALUI...
SAYA JUGA HAMBANYA YANG HINA BANYAK SALAH SILAP YANG TELAH SAYA PERBUAT NAMUN, DENGAN IZIN DARI-NYA SAYA DIBERIKAN PELUANG  UNTUK BERTAUBAT

WAHAI SAHABAT TIDAKKAH ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA AKU SANGAT MENYAYANGIMU...
ENGKAU ADALAH SALAH SATU RAKAN KARIB YANG PERNAH BERKONGSI CERITA DENGAN AKU...
SEBELUM ENGKAU BERNIKAH ACAP KALI KU KATAKAN JAGA MARUAH DIRI,KELUARGA DAN AGAMA.
SETIAP KEPUTUSAN YANG DIBUAT HARUSLAH DIBAWAH PEMIKIRAN YANG WARAS.
JANGAN IKUT RASA HATI NANTI BINASA.
KITA SUDAH BERADA DI FASA "AKHIR ZAMAN" SAYA HARAP KITA BERSEDIA TUK MENGHADAPINYA...

KEPADA SAHABATKU DILUAR SANA MOHON JAGALAH AGAMA KITA KERANA KITA SEKARANG BUKAN MASA BERSENANG LENANG BAK KATA ARWAH AHMAD AMMAR : "DUNIA TEMPAT KITA BERPENAT, AKHIRAT TEMPAT KITA BERSENANG" TIDAK MAHUKAH KITA MENGEJAR SYURGAWI AKHIRAT. SYURGA DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA SAHAJA BILA-BILA MASA KITA TIDAK TAHU KITA AKAN DITARIK...
JADI PESANAN BUAT DIRI SENDIRI DAN RAKAN-RAKAN JAGALAH SOLAT LIMA WAKTU, KEJAR PAHALA DI DUNIA UNTUK MENDAPATKAN TIKET ISTIREHAT DI AKHIRAT SANA NANTI. BAIKLAH SAMPAI SINI SAHAJA UNTUK MALAM INI APA YANG BAIK DATANGNYA DARI  ALLAH S.W.T. DAN YANG BURUK DARI HAMBA YANG HINA INI.
SEKIAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

NURAZAH SAZALI
PELAJAR INSTITUT PERDAGANGAN MUNSHI.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

           SEBELUM SAYA MENERUSKAN PENULISAN SAYA PADA MALAM INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN KEPADA COACH YANG MENGAJAR SAYA DALAM PENTADBIRAN PEJABAT CF DAN TIDAK LUPA JUGA KEPADA TEAM CF YANG MELAYAN KERENAH SAYA UNTUK MENCANTIKKAN LAGI BLOG  SAYA. TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA. TERIMA KASIH DAUN KELADI HARAP LEPAS NI BOLEH MINTAK LEBIH LAGI HUUUHUUU....



Monday 1 September 2014

NAMA NOVEL...??? (CADANGAN PLEASE...)



BAB 1

Kerutan di dahiku ku betulkan setelah ku melihat banyak mata yang memandang kearahku. Macam mana orang tak pandang pelik kalau duduk kat taman reakrasi dengan memakai baju kurung siap dengan kasut tumit yang tak berapa tinggi ala dalam tiga inci. Kebanyakkan orang yang lalu lalang semuanya berjoging sedangkan aku hanya duduk termenung mengenangkan nasib yang lambat menyebelahiku di masa mudaku. 

Ni semua salah dhia..aku suruh jemput jam lima memandai je lambat dah la pinjam kereta orang, agak-agaklah. Rungut aku didalam hati.

Dhia meminjam keretaku untuk urusan adiknya Danish mendaftar masuk ke UIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sukanya aku tatkala melihat kebanyakkan anak remaja yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Sedangkan aku…

Aku membelek kearah jam ku. Sekarang aku dah temui jam yang sesuai dengan kulit sensitif ku.Walaupun harganya mencecah RM 70 aku tak kisah janji ia tidak lagi menyakitkan bak kata pepatah ala membeli menang memakai. 

“ala…da enam setengah takkan jalan jam kot..bosanyerla…”

Bamm!!! 

“Aduh…eh agak-agak la langgar orang!! tak mintak maaf pulak tu...kalau aku jumpa lagi mamat tu siap la.” kalau toleh atau tunduk tanda maaf pun okey jugak ni tak pakai blah jer..geram pulak hati kita. Aku sempat melihat kearah lelaki tersebut dan menghafal no plat JJD 5433 kereta jenis proton. Not bad la.. 

“qisha…oh qisha ko bebel ape sorang-sorang tu?” terkejut aku dek suara dhia yang tetibe menerjah ke gegendang telingaku. “asal ko cakap sorang diri? Ke ko da jumpe dengan pak we idaman Malaya kau tu?”

“agak-agaklah dhia tadi tengah aku layan mood baik punya aku tadi tetibe je ada sorang mamat langgar aku. Mintak maaf tak terus blah cam tu jer macam mane aku tak membebel.” marah aku.

“yela qisha..tapi tadi ko berangan kat mana? Sampai boleh terlanggar mamat tu?”

“ ha memang patutlah awak kena langar qisha oi…pergi berangan tak kena tempat siapa suruh..kan dah kene tabrak lagi mahu salahkan orang.” kata dhia sambil menarik mata sebelah kirinya ke bawah.

Hampas punya member bukan nak back-up aku pun. Tak pe ada ubi ada batas ada hari akan ku balas. Aku membalas perbuatan dhia dengan keluhan berat mula memahami situasi tadi. Tapi aku tetap tak puas hati kalaupun aku salah...entahlah arrgh serabutnya aku hari ni. Semuanya kerana mamat JJD tu…

Selepas selesai solat Maghrib Qisha keluar dari ‘guanya’ untuk melihat apa yang boleh dimasak olehnya untuk makan malam dia dan kawan rapatnya Dhia.

Ada ayam…teringin nak masak nugget ayam la pulak...makan dengan nasi putih cicah sos cili sedap jugak. Teringat kenangan ku pertama kali masak nugget ayam ketika pertama kali aku bertandang ke rumah mak saudara di Kuantan. 

Aku mulakan dengan membasuh ayam dan hanya memilih bahagian daging..aku perahkan sedikit lemon tuk menghilangkan bau hanyir. Tumbuk ayam sampai hancur sikit. Sambil menggorengkan bawang yang telah dipotong. Goreng bawang dengan suhu yang rendah sehingga layu. Sambil-sambil nak tunggu bawang layu aku sempat lagi untuk masak nasi cukup-cukup untuk dua orang makan. Toskan bawang yang telah layu dan diangkat. Tumbuk sampai hancur campurkan bawang dan ayam yang telah ditumbuk tambahkan sedikit rencah steak spice. Perapkan. Sediakan dua bekas untuk diisikan tepung ubi dan satu lagi telur yang telah dipukul. Jangan lupa isikan sedikit rencah steak spice untuk mendapatkan rasa pedas. Kepalkan ayam ikutlah berapa yang nak dibuat celupkan di atas tepung dan seterusnya telur. Gorengkan didalam minyak yang panas. Rasa-rasa dah masak angkatlah.

“hoi dalam dapur pun nak bercakap sorang-sorang diri ke?” sergah Dhia.

“ ape hoi-hoi karang ada yang tak dapat makan kang..jangan menangis tak berlagu sudah. Tapi kalau lagu tu sedap aku akan pertimbangkan..” gurauku…

“ye la..tadi aku terbau kau masak, macam sedap je tu yang aku keluar la dari bilik. Tapi aku terdengar kau cakap sorang diri kat dapur ni. Manalah tau kot-kot kau cakap dengan orang ‘bubu’” seloroh Dhia.

“apelah kau cakap aku cakap dengan ‘bubu’ tu..aku cuma teringat ape yang mak saudara aku ajar cara-cara masak nugget masa aku datang dekat rumah dia. Dah lama tapi Alhamdulillah aku masih ingat cara-cara nak membuatnya. ” terangku.

“wow..ko masak nugget Qisha? Bestnye dah lama aku tak makan benda alah ni.”

“ dah dah...aku dah masak ko pergi buat air. Aku nak milo kosong suam je la janji kaw okey..”

Milo..milo itu la air kegemaranku semenjak milo dirumahku kehabisan susu pekat. Kelakarkan huhuhu.

“ siap bos. Janji dapat makan nugget kau.”

Tergelak aku dengan telatah Dhia. Dialah antara orang yang dapat menggembirakan aku Dhia ada sama ada aku susah dan senang. Terima kasih sahabatku Wardhiatul Asmaniah aku sayang ko ketat-ketat.  

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

SELAMAT MALAM KEPADA SEMUA PEMBACA


Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang berjaya mengikut suruhan ALLAH S.W.T.. Dan kepada yang masih mencuba teruskanlah usaha anda untuk menjadi yang lebih baik.

Untuk pengetahuan kalian sekarang bermula lah saya untuk menulis sedikit ceritera yang telah lama saya nurkilan tapi masih tidak tahu pengakhiran cerita. 

Dengan bantuan dari kalian harap saya dapat menulis dengan baik. 
Terima Kasih.

Sebelum ini saya ada menulis cerpen sewaktu di Tingkatan 6 dan cerpen tersebut hanya sempat dibaca oleh sebilangan pelajar di Blok saya sahaja kerana saya sendiri yang mengehadkan kemana sejauh mana buku saya akan bergerak.

Akhirnya, saya sendiri yang membakar karya tersebut.
Saya berasa amat sedih dengan itu saya kembali menulis untuk mengubat rindu kepada cerpen yang dulu harap semua pembaca dapat membantu di masa akan datang terima kasih.

NURAZAH SAZALI. 

Sunday 31 August 2014

AKU ANAK MALAYSIA...!!!

SAYA HARAP MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI MERDEKA...!!!
KHAS BUAT RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA.

KENANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG SAYA TIDAK DAPAT LUPAKAN
IALAH PADA TAHUN LEPAS 2013...
SEWAKTU SAYA MENGHADIRI KEM PLKN DI HIJRAH PENOR.

KENANGAN TERSEBUT MEMBUATKAN RASA CINTA SAYA TERHADAP NEGARA SAYA MAKIN BERTAMBAH...
KENANGAN ITU JUA YANG MEMBUATKAN SAYA BERASA BERUNTUNG TINGGAL DI BUMI MALAYSIA INI...
WALAUPUN JAUH ANTARA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI JAUH DARI SISI NAMUN SAYA BERJAYA UNTUK KEKAL BERADA DISANA...
KENANGAN PADA MALAM 31 OGOS 2013, KAMI BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SAMBIL MENANTI DETIK 12 MALAM...
SEBELUM MENANTI DETIK TERSEBUT CIKGU MENGADAKAN SESI KUIZ ANTARA KOMPENI...
ALHAMDULILLAH KAMI MENANG...
TAHNIAH KAWAN-KAWANKU SEMUA...
KEMUDIAN  TIBALAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU LAUNGAN "MERDEKA"
BERGEMA DI KEM HINGGA MAMPU MEMBUATKAN AKU MEREMANG BULU ROMA..
SAAT ITU AKU MERASAKAN SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA SEHINGGAKAN AIR MATA KU TURUT MENJADI SAKSI BERTAPA SYUKURNYA AKU LAHIR DI BUMI YANG AMAN INI...
SETERUSNYA NYANYIAN LAGU WARISAN OLEH ARWAH SUDIRMAN HAJI ARSYAD..
SEKALI LAGI MENGALIR AIR MATAKU TIAP KALI MEMIKIRKAN TIAP PATAH LIRIK YANG DNYANYIKAN...
RASA TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA MENGIZINKAN AKU BERADA DISINI...
KENANGAN BERSAMA CIKGU-CIKGU DAN KAWAN-KAWAN KHUSUS KOMPENI DELTA...
SAYA SANGAT SAYANG DAN RINDU KAMU SEMUA...
SEHINGGA KITA BERJUMPA DI LAIN HARI...
INGAT AKU DI DALAM DOAMU...














NURAZAH SAZALI 
DELTA D-12
KUMP 3 SIRI 10/2013

Sunday 10 August 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum w.b.t. sudah sekian lama saya tidak menulis atas sebab-sebab tertentu. Pada hari ini saya ingin berkongsi serba seedikit tentang buku yang baru saya baca pada pagi ini. Semalam saya telah menghadiri sebuah ruma terbuka + kenduri sambut menantu + kenduri akikah dan souveniernye saya mendapat buku mini yang bertajuk "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" oleh USTAZ FATHURI SALEHUDIN. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh penulis yang membuatkan saya tersedar dari mimpi yang tak berapa indah. Kebelakangan hidup saya bagaikan tak da makna apa-apa sampailah ada saudara yang sudi membantu. Jujur saya katakan membawa title sebagai bekas budak sekolah agama dan mempuyai sijil-sijil yang agak 'ok' membuatkan saya berasa sedikit tertekan dengan kehendak ibu untuk menjadikan saya 'ustazah' padahal saya tidak berminat hal mengajar lebih-lebih lagi kepada budak-budak sekarang. Pengalaman menjadi guru kafa selama seminggu menjadikan saya serik untuk mengajar.

Kembali kepada buku yang saya baca sebentar tadi antara ilmu-ilmu yang dapat saya kongsikan :
  • Cara paling berkesan menjemput rezeki ialah dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T..
  • Solat di awal waktu, yakin akan pertolongan Allah. Tinggalkanlah kerja anda di saat laungan azan. Sesungguhya apabila kita meletakkan Allah No. 1 dalam kehidupan seharian In Shaa Allah mudahlah bagi kita untuk menjemput rezeki dari NYA.
  • Dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat pahala dan rezeki, malah fikiran kita bertambah cerdas.
  • Apabila kita mengerjakan sesuatu pekerjaan kita dengan bersungguh-sungguh, ini juga bermakna kita menghormati pemberian Allah.
  • Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah, semaki bertambah rezeki semakin dekat kita dengan Allah. Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya...
  • Melunaskan hutang dengan strategi sedekah.
  • Sedekah menolak 70 pintu bala.
  • Buka Al-Quran dan semak surah Al- Baqarah ayat 261. Mari kita baca, hayati dan amalkan.
  • Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuklah kepada sahabat yang paling miskin dan Abu Dhamdham. Kerana terlalu ingin tahu , Abu Dzar bertanya "Wahai Nabi Allah, Engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apahakikat sedekah itu?" Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulanginya tiga kali berturut-turut.


Akhir kata apa yang baik semua dari Allah S.W.T. dan apa yang buruk semua dari saya. Semoga apa yang ditulis sedikit sebanyak dapat membuatkan kita mudah mendapat rezeki darinya In Shaa Allah...
Semoga urusan hari ini dan seterusnya dipermudahkan....
Sekian Terima Kasih..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Friday 2 May 2014

SELAMAT PAGI SEMUA NI NAK KONGSI SIKIT

CUACA panas mencecah suhu 34°c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di sini hari ini.
  
Tiket ke separuh akhir itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 4-4 selepas masa penuh perlawanan.
  
Malaysia akan menentang Kanada pada separuh akhir Sabtu ini.
  
Kanada menempah slot separuh akhir selepas mengalahkan Poland 3-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
  
Dalam pada itu, New Zealand, yang menduduki ranking keenam dunia, bermula garang apabila Steve Edwards dengan mudah merobek benteng pertahanan negara menerusi jaringan padang seawal minit keempat.
  
Namun kegembiraan pasukan 'The Black Sticks' itu tidak kekal lama apabila Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh kapten Azlan Misron pada minit ke-21.

Gol penyamaan itu ternyata meniup semangat barisan pemain negara apabila dua minit kemudian, Malaysia mendahului 2-1 menerusi jaringan Muhammad Shahril Saabah sebelum Mohd Fitri Saari terus menghukum New Zealand menerusi gol ketiga pada minit ke-24.
  
Muhammad Shahril kemudianya menjaringkan gol keempat negara menerusi gol padang pada minit ke-31 untuk mendahului 4-1 pada babak pertama perlawanan.
  
Bagaimanapun, New Zealand bangkit pada babak kedua dengan permainan yang lebih pantas untuk mengasak kubu lawan dan menggunakan sepenuhnya percubaan pukulan sudut penalti untuk menyamakan kedudukan.
  
Pakar pukulan sudut penalti Andy Hayward menyelamatkan maruah skuad New Zealand apabila melakukan jaringan hatrik pada ke-45, 60 dan minit ke-70 untuk mengheret perlawanan ke pusingan penentuan pukulan penalti.
  
Dalam lima percubaan pukulan penalti, Malaysia menyempurnakan tiga menerusi Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd Fitri Saari manakala New Zealand oleh Hugo Inglis dan Blair Hilton.

Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah menyifatkan kemenangan luar dugaan itu adalah hasil semangat juang yang tinggi oleh anak didiknya serta mengikut strategi yang dirancang.
  
"Kita semua tahu New Zealand mempunyai ketajaman dalam melakukan pukulan sudut penalti namun kita berjaya  menyelamatkan beberapa cubaan yang telah dilakukan oleh pasukan tersebut," katanya.
  
"Selepas kedudukan selesa babak pertama, kita mahu mempertahankan jaringan dengan bermain secara defensif pada babak kedua kerana sudah pasti New Zealand akan bangkit untuk mencari kemenangan," katanya. - Bernama

huhu....terasa semangat plak tengok prlawann hoki kebelakangan ni harap-harap pemain-pemain hoki kebangsaan kita akan terus maju ke hadapan walaupun ada halangan yang perlu ditempuh, kerana kejayaan tidak akan ada begitu sahaja. FIGHTING....!!!!!!

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"