Pages

Wednesday, 8 October 2014

SAMBUNGAN PENULISANKU....BAB 2



BAB 2
“Assalamualaikum mama...”
“waalaikumussalam sayang...lewat sampai. Kata babah, pukul lima setengah kamu bertolak pulang dari taman selepas habis jogging. Ni dah nak masuk jam lapan baru sampai rumah. Abah kamu pun agaknya dah siap solat maghrib..cepat siap mandi, solat pastu kalau sempat pergilah surau sana jemaah isyak pulak kat sana okey.”
Adam darwisy sekadar mengangguk dan terus menapak masuk ke biliknya dengan keadaan letih sekali. Usai mandi Adam terus melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
“amin ya rabal alamin..” selesai solat maghrib Adam berehat sebentar sambil melihat pemandangan dari luar biliknya.
 Hari ni dia bersukan lebih dari kebiasaanya kerana sudah sebulan dia sibuk dengan kerjanya sampai tiada waktu untuk pulang ke pangkuan keluarga. Walaupun jarak antara rumah mama dan babah dan pejabatnya tidaklah sejauh mana akan tetapi dia lebih selesa untuk mempunyai rumah sendiri kerana dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga dan pejabat.
Kesibukkan kerjayanya membuatkan dia tidak mempunyai waktu untuk dia bersenam. Tadi dia tak sedar jam sudahpun menunjukkan jam 6 suku lebih dan terus teringat  janjinya dengan abah tuk pergi ke surau.
Dan dalam keadaan yang terburu-buru dia telah terlanggar seorang perempuan. Dia ingin meminta maaf akan tetapi masa yang berjalan dia teruskan saja lariannya tanpa menoleh lagi kebelakang. Kata-kata maaf hanya mampu terluah dalam hatinya.
Siapalah agaknya perempuan yang aku langar tadi. Bukan aku tak dengar dia marah-marah minta aku say sorry dekat dia. Tapi nak buat macam mana aku pun kesuntukkan masa. Azan maghrib nak berkumandang dah. Rumah mama dan babah pulak bukannya dekat. Berangan punya berangan.
“ya Allah dah jam lapan setengah, sekejap lagi waktu isyak dah nak masuk. Ambik wudhu’ dululah..” usai mengambil wudhu’ kereta Adam meluncur laju menuju ke surau yang berada berdekatan dengan rumahnya.

“Qisha, sedapnya nugget ko tadi. Nanti ko tulis resipi dia aku nak. Nanti bolehlah aku masak untuk keluarga aku kalau aku balik nanti okey? Terima kasih sangat sayang ko.”
“ha? Aku tak cakap pun boleh, ko dah perasan lebih-lebih kalau aku tak bagi ko nak bagi aku ape?”acahku.
“kau tak cakap boleh pun aku dah tahu ko akan bagi gak resipi tu...sebab kau bukan jenis kedekut ilmu ataupun harta benda itu yang aku pasti.” telah Dhia.
Aku dah tak boleh nak rahsia apa-apa dari Dhia kerana persahabatan selama dua tahun ini membuatkan dia lebih mengenali diriku dengan lebih rapi. Ini yang membuatkan kau adalah  antara orang yang aku percayai. Terasa bahagia tambah terharu apabila ada orang yang tahu menghargai kita.
“yela Wardhiatul Asmaniah ko lah sahabat sejati yang aku ada sekarang dan in shaa Allah untuk selamanya.”luahku dengan satu rasa yang amat tulus dari sudut hatiku yang paling dalam.
“eh Dhia, adik ko masuk bidang apa kat UIA tu?”tiba-tiba aku teringat kat adik Dhia yang baru menjejaki ke dunia baru.
“oh..dia ambil bidang kejuruteraan.” Kata Dhia.
“oh..nak jadi engineer la ni...? aku harap adik kau Danish berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Nanti kau kirim salam assalamualaikum dekat Danish cakap akak comel Qisha teringin nak jumpa adik Danish”
“boleh je..tarak hal punya...”
Tak sempat Dhia nak  habiskan kata-katanya kedengaran telefon laguku yang berbunyi menjerit-jerit minta diangkat.
“ Assalamualaikum mak...mak, abah apa khabar? Sihat?” tanyaku sopan.
“ Waalaikumussalam nak...mak  dan abah kamu sihat Alhamdulillah. Kamu nak macam mana duduk kat tempat orang sihat? Bila kamu nak balik rumah dah lama rasanya kamu tak balik rumah. Mak rindu.” Luah mak.
Rindu betul Puan Marina akan anaknya yang sudah hampir setahun tidak mahu pulang ke rumah semenjak peristiwa dia memaksa anaknya berkahwin dengan pilihan dirinya.
“Qisha sihat Alhamdulillah jugak mak, mak janganlah risau. Qisha tak bersedia lagi nak balik rumah nantilah mak bila Qisha dah kuat nak hadapi orang kampung. Qisha tak sanggup. Qisha malu… ” terasa sebak menjengah ke hati Qisha.
“Tapi nak, mak harap Qisha boleh balik kampong mak rindu sangat dengan Qisha.” Rayu Puan Marina.
Sebak mula bertandang di hati Qisha. Bukan dia tidak mendengar esakkan  kecil yang mungkin sedang ditahan sebaik mungkin oleh ibunya. Qisha sayang mak, sayang sangat-sangat. In shaa Allah suatu hari nanti nur akan balik juga ke sana bila Qisha da bersedia. Harap mak dapat tunggu.
Maafkan Qisha mak, Qisha tak dapat nak tunaikan janji mak dalam masa terdekat ni. Bukan Qisha tak tau kenapa ada orang yang iri hati pada keluarga kita mak. Kita bukannya berharta sangat pun dan anak-anak mak bukannya cerdik sangat pun. Tapi kenapa orang merasakan tercabar sedangkan keluarga kita hanyalah sebuah keluarga yang sangat-sangat biasa.  Abah seorang pekerja swasta dan mak hanyalah seorang suri rumah yang biasa dan mak dan abah perlu menyara kelima-lima anak yang IQ nya setakat boleh sahaja. Bermacam usaha sudah dilakukan tapi anak-anak mak dan abah banyak menyusahkan dari menyenangkan. Betulkan mak?
Malam itu bersaksikan hari yang gelap dan hujan ribut petir yang saling menyambar menyatakan perasaanku yang tengah berlawan perasaan rinduku terhadap orang tuaku dengan wajah-wajah orang-orang kampong yang selalu mencari masalah dengan keluargaku.
Sewaktu dahulu boleh dikatakan aku ini adalah anak yang tak tahu berbudi. Bila aku berbudi kata aku lurus bendul. Bila aku mendapat kerja yang elok diburukkan lagi dengan tohmahan-tohmahan yang penuh dengan nista. Bila aku dilamar dan bakal dikahwini lagilah bermacam-macam versi yang aku dengar walaupun segala yang dikatakan itu belum pernah terlintas dibenakku untuk melakukannya. Betullah lidah itu tidak bertulang dan mampu memutarbelitkan fakta dengan mudah. Dan tanpa bukti yang kukuh aku dipersalahkan atas sesuatu perkara yang aku tidak lakukan.

0 comments:

Post a Comment