Pages

Friday 2 May 2014

SELAMAT PAGI SEMUA NI NAK KONGSI SIKIT

CUACA panas mencecah suhu 34°c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di sini hari ini.
  
Tiket ke separuh akhir itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 4-4 selepas masa penuh perlawanan.
  
Malaysia akan menentang Kanada pada separuh akhir Sabtu ini.
  
Kanada menempah slot separuh akhir selepas mengalahkan Poland 3-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
  
Dalam pada itu, New Zealand, yang menduduki ranking keenam dunia, bermula garang apabila Steve Edwards dengan mudah merobek benteng pertahanan negara menerusi jaringan padang seawal minit keempat.
  
Namun kegembiraan pasukan 'The Black Sticks' itu tidak kekal lama apabila Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh kapten Azlan Misron pada minit ke-21.

Gol penyamaan itu ternyata meniup semangat barisan pemain negara apabila dua minit kemudian, Malaysia mendahului 2-1 menerusi jaringan Muhammad Shahril Saabah sebelum Mohd Fitri Saari terus menghukum New Zealand menerusi gol ketiga pada minit ke-24.
  
Muhammad Shahril kemudianya menjaringkan gol keempat negara menerusi gol padang pada minit ke-31 untuk mendahului 4-1 pada babak pertama perlawanan.
  
Bagaimanapun, New Zealand bangkit pada babak kedua dengan permainan yang lebih pantas untuk mengasak kubu lawan dan menggunakan sepenuhnya percubaan pukulan sudut penalti untuk menyamakan kedudukan.
  
Pakar pukulan sudut penalti Andy Hayward menyelamatkan maruah skuad New Zealand apabila melakukan jaringan hatrik pada ke-45, 60 dan minit ke-70 untuk mengheret perlawanan ke pusingan penentuan pukulan penalti.
  
Dalam lima percubaan pukulan penalti, Malaysia menyempurnakan tiga menerusi Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd Fitri Saari manakala New Zealand oleh Hugo Inglis dan Blair Hilton.

Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah menyifatkan kemenangan luar dugaan itu adalah hasil semangat juang yang tinggi oleh anak didiknya serta mengikut strategi yang dirancang.
  
"Kita semua tahu New Zealand mempunyai ketajaman dalam melakukan pukulan sudut penalti namun kita berjaya  menyelamatkan beberapa cubaan yang telah dilakukan oleh pasukan tersebut," katanya.
  
"Selepas kedudukan selesa babak pertama, kita mahu mempertahankan jaringan dengan bermain secara defensif pada babak kedua kerana sudah pasti New Zealand akan bangkit untuk mencari kemenangan," katanya. - Bernama

huhu....terasa semangat plak tengok prlawann hoki kebelakangan ni harap-harap pemain-pemain hoki kebangsaan kita akan terus maju ke hadapan walaupun ada halangan yang perlu ditempuh, kerana kejayaan tidak akan ada begitu sahaja. FIGHTING....!!!!!!

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
ASSALAMUALAIKUM.....SELAMAT PAGI UNTUK SEMUA SEMOGA AWAL PAGI DETIK JAM 00.36AM SEMUA SEDANG LENA DIULIT MIMPI. AKAN TETAPI KEPADA SESIAPA YANG MASIH BERJAGA UNTUK 'MENGADU' KEPADA YANG MAHA ESA SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN SEGALA ADUANMU. 

"TETAPI PAGI INI AKU MERASAKAN SATU KEHILANGAN YANG BAKAL MENIMPA DIRIKU. YA ALLAH AKU MASIH MAHU MENGHIRUP UDARA-MU DIDUNIA INI DAN MENEBUS SEGALA KHILAFKU. AKU TAK MAHU MELANGKAH KE ALAM YANG SETERUSNYA KERANA AKU TAHU AMALANKU MASIH BELUM CUKUP UNTUK MENEMUIMU DAN AMATLAH SEDIKIT AMAL JARIYAH  YANG PERNAH AKU BUAT.  KASILAH AKU KESEMPATAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN  AMAL IBADAH UNTUK AKU MEMPERSIAPKAN  DIRIKU UNTUK MENGHADAP MU YA ALLAH."
.
"RENCANA ALLAH ITU LEBIH BAIK DARI RENCANAMU,
JADI TETAP BERDO'A,
HINGGA KAU KAN MENEMUKAN BAHWA TERNYATA MEMANG ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUKMU."


SENYUMLAH WAHAI SAHABAT KATA-KATA DIATAS SEKADAR PERINGATAN BUAT SAYA DAN ANDA SEMUA...
  1. INGATLAH JIKA KITA TIDAK MENDAPAT APA YANG KITA INGINKAN DI DUNIA INI, IN SHAA ALLAH DISANA (AKHIRAT) AKAN DAPAT JUA CUMA AMAL IMAN KITA YANG MENENTUKAN SEJAUH MANA KITA AKAN PERGI.
  2. SEMANA TELITI RANCANGAN KITA KALAU ALLAH TIDAK MENGIZINKANNYA SEMUANYA TIDAK AKAN BERLAKU.
  3. KALAU DIA MEMANG JODOH KITA, BERPISAH SEPULUH BENUA PUN TETAP AKAN BERSATU.
SEMOGA APA YANG KITA HAJATI ATAU INGINKAN AKAN MENJADI MILIK KITA IN SHAA ALLAH (JIKA DIIZINKAN ALLAH) AMINNN...