Pages

Monday 5 January 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

1. PANDANGAN MATA

  • Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali sahaja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk.


2. MAKAN GARAM

  • Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.


3. MINUM TANGAN KANAN

  • Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


4. SESAAT DI JALAN ALLAH

  • Sesaat di jalan Allah lebih baik berbanding dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam qadar   walaupun hanya sekadar "Hai kawan ayuhlah kita solat".


5. LANGKAH KANAN

  • Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.


6. MAKAN TIGA JARI

  • Nabi S.A.W. makan kurma dengan tiga jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita  makan nasi kalau susah       bolehlah dengan suapan pertama ikut sunnah.


7. JAMINAN ALLAH

  • Tiga orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.


8. GUNTING BULU

  • Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting atau mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.


9. JANGAN BERSIUL

  • Jangan bersiul kerana sewaktu bersiul mula-mula dibuang kedunia, iblis menggembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.


10. CARA POTONG KAKI TANGAN

  • Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


11. CARA POTONG KUKU KAKI

  • Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


12. PANJANG LENGAN BAJU

  • Panjang lengan baju Rasulullah S.A.W. adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.


13. PAKAIAN KESUKAAN

  • Pakaian kesukaan Rasulullah S.A.W. adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.


14. BERSIWAK

  • Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah akan hitung 70 kali     bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.


15. DOA DALAM SUJUD

  • Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana       hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya.


16. ADAB DI TANDAS

  • Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.


17. ADAB MAKAN

  • Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga       minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


18. TIGA JENIS ORANG

  • Tiga jenis orang yang tidak akan dipandang Allah S.W.T. pada hari kiamat iaitu orang tua penzina,       Raja yang berdusta dan orang miskin yang sombong.


19. PAKAI MINYAK WANGI

  • Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.


20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

  • Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.


21. CINCIN PERAK

  • Pakai cincin perak dikelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama     mana memakinya.


22. SOLAT FARDHU DI MASJID

  • Nabi S.A.W. tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kaki kiri dihapus satu dosa.


23. PAKAI CELAK

  • Gunakan celak Ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.


24. PANJANG PAKAIAN

  • Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah setengah betis dan tidak melebihi buku lali.


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

  • Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal dimanakah anda akan solat.


26. MENGUAP
  • Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
  • Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama mana menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA MEMBUANG AIR
  • Jangan menghadap / membelakangkan Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila berada di dalam bangunan itupun kalu terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH S.A.W.
  • Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah S.A.W.  menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
  • Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
  • Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar amggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
  • Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
  • Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
  • Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
  • Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
  • Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
  • Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
  • Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
  • Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
  • Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
  • Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
  • Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
  • Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
  • Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
  • Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
  • Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
  • Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
  • Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
  • Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
  • Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
  • Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
  • Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
  • Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
  • Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
Maksud Miswak : Siwak atau miswak (Arab:سواك) adalah dahan atau akar dari pohon Salvadora persica yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Oleh karena itu semua dahan atau akar pohon apa saja boleh digunakan untuk bersiwak jika memenuhi persyaratannya, yaitu lembut, sehingga batang atau akar kayu yang keras tidak boleh digunakan untuk bersiwak karena bisa merusak gusi dan email gigi; bisa membersihkan dan berserat serta bersifat basah, sehingga akar atau batang yang tidak ada seratnya tidak bisa digunakan untuk bersiwak; seratnya tersebut tidak berjatuhan ketika digunakan untuk bersiwak sehingga bisa mengotori mulut.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
  • Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Diharap semuanya boleh memberi manfaat kepada semua rakan-rakan blogger di luar sana....
Terima Kasih...

2 comments:

SunSkywalker said...

NO. 2 Makan garam tu ada dalam buku'40 Kisah palsu tetapi masyhur disandarkan pada agama' . Mohon update pembetulan di bawah statement terima kasih.

Yang lain boleh check dengan
https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/?ref=page_internal

https://www.facebook.com/kempensemakhadis/

Unknown said...

http://bicarathtl.forumms.net/t2506-semakan55-sunnah-nabi

Jawapan tentang kesahihan post di atas. Mohon admin sebarkan terima kasih
#Malaysian2020NakDekatJomTransformasiJadiLebihBaik

Post a Comment