Pages

Monday 1 September 2014

NAMA NOVEL...??? (CADANGAN PLEASE...)



BAB 1

Kerutan di dahiku ku betulkan setelah ku melihat banyak mata yang memandang kearahku. Macam mana orang tak pandang pelik kalau duduk kat taman reakrasi dengan memakai baju kurung siap dengan kasut tumit yang tak berapa tinggi ala dalam tiga inci. Kebanyakkan orang yang lalu lalang semuanya berjoging sedangkan aku hanya duduk termenung mengenangkan nasib yang lambat menyebelahiku di masa mudaku. 

Ni semua salah dhia..aku suruh jemput jam lima memandai je lambat dah la pinjam kereta orang, agak-agaklah. Rungut aku didalam hati.

Dhia meminjam keretaku untuk urusan adiknya Danish mendaftar masuk ke UIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sukanya aku tatkala melihat kebanyakkan anak remaja yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Sedangkan aku…

Aku membelek kearah jam ku. Sekarang aku dah temui jam yang sesuai dengan kulit sensitif ku.Walaupun harganya mencecah RM 70 aku tak kisah janji ia tidak lagi menyakitkan bak kata pepatah ala membeli menang memakai. 

“ala…da enam setengah takkan jalan jam kot..bosanyerla…”

Bamm!!! 

“Aduh…eh agak-agak la langgar orang!! tak mintak maaf pulak tu...kalau aku jumpa lagi mamat tu siap la.” kalau toleh atau tunduk tanda maaf pun okey jugak ni tak pakai blah jer..geram pulak hati kita. Aku sempat melihat kearah lelaki tersebut dan menghafal no plat JJD 5433 kereta jenis proton. Not bad la.. 

“qisha…oh qisha ko bebel ape sorang-sorang tu?” terkejut aku dek suara dhia yang tetibe menerjah ke gegendang telingaku. “asal ko cakap sorang diri? Ke ko da jumpe dengan pak we idaman Malaya kau tu?”

“agak-agaklah dhia tadi tengah aku layan mood baik punya aku tadi tetibe je ada sorang mamat langgar aku. Mintak maaf tak terus blah cam tu jer macam mane aku tak membebel.” marah aku.

“yela qisha..tapi tadi ko berangan kat mana? Sampai boleh terlanggar mamat tu?”

“ ha memang patutlah awak kena langar qisha oi…pergi berangan tak kena tempat siapa suruh..kan dah kene tabrak lagi mahu salahkan orang.” kata dhia sambil menarik mata sebelah kirinya ke bawah.

Hampas punya member bukan nak back-up aku pun. Tak pe ada ubi ada batas ada hari akan ku balas. Aku membalas perbuatan dhia dengan keluhan berat mula memahami situasi tadi. Tapi aku tetap tak puas hati kalaupun aku salah...entahlah arrgh serabutnya aku hari ni. Semuanya kerana mamat JJD tu…

Selepas selesai solat Maghrib Qisha keluar dari ‘guanya’ untuk melihat apa yang boleh dimasak olehnya untuk makan malam dia dan kawan rapatnya Dhia.

Ada ayam…teringin nak masak nugget ayam la pulak...makan dengan nasi putih cicah sos cili sedap jugak. Teringat kenangan ku pertama kali masak nugget ayam ketika pertama kali aku bertandang ke rumah mak saudara di Kuantan. 

Aku mulakan dengan membasuh ayam dan hanya memilih bahagian daging..aku perahkan sedikit lemon tuk menghilangkan bau hanyir. Tumbuk ayam sampai hancur sikit. Sambil menggorengkan bawang yang telah dipotong. Goreng bawang dengan suhu yang rendah sehingga layu. Sambil-sambil nak tunggu bawang layu aku sempat lagi untuk masak nasi cukup-cukup untuk dua orang makan. Toskan bawang yang telah layu dan diangkat. Tumbuk sampai hancur campurkan bawang dan ayam yang telah ditumbuk tambahkan sedikit rencah steak spice. Perapkan. Sediakan dua bekas untuk diisikan tepung ubi dan satu lagi telur yang telah dipukul. Jangan lupa isikan sedikit rencah steak spice untuk mendapatkan rasa pedas. Kepalkan ayam ikutlah berapa yang nak dibuat celupkan di atas tepung dan seterusnya telur. Gorengkan didalam minyak yang panas. Rasa-rasa dah masak angkatlah.

“hoi dalam dapur pun nak bercakap sorang-sorang diri ke?” sergah Dhia.

“ ape hoi-hoi karang ada yang tak dapat makan kang..jangan menangis tak berlagu sudah. Tapi kalau lagu tu sedap aku akan pertimbangkan..” gurauku…

“ye la..tadi aku terbau kau masak, macam sedap je tu yang aku keluar la dari bilik. Tapi aku terdengar kau cakap sorang diri kat dapur ni. Manalah tau kot-kot kau cakap dengan orang ‘bubu’” seloroh Dhia.

“apelah kau cakap aku cakap dengan ‘bubu’ tu..aku cuma teringat ape yang mak saudara aku ajar cara-cara masak nugget masa aku datang dekat rumah dia. Dah lama tapi Alhamdulillah aku masih ingat cara-cara nak membuatnya. ” terangku.

“wow..ko masak nugget Qisha? Bestnye dah lama aku tak makan benda alah ni.”

“ dah dah...aku dah masak ko pergi buat air. Aku nak milo kosong suam je la janji kaw okey..”

Milo..milo itu la air kegemaranku semenjak milo dirumahku kehabisan susu pekat. Kelakarkan huhuhu.

“ siap bos. Janji dapat makan nugget kau.”

Tergelak aku dengan telatah Dhia. Dialah antara orang yang dapat menggembirakan aku Dhia ada sama ada aku susah dan senang. Terima kasih sahabatku Wardhiatul Asmaniah aku sayang ko ketat-ketat.  

0 comments:

Post a Comment