Pages

Sunday 31 August 2014

AKU ANAK MALAYSIA...!!!

SAYA HARAP MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI MERDEKA...!!!
KHAS BUAT RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA.

KENANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN YANG SAYA TIDAK DAPAT LUPAKAN
IALAH PADA TAHUN LEPAS 2013...
SEWAKTU SAYA MENGHADIRI KEM PLKN DI HIJRAH PENOR.

KENANGAN TERSEBUT MEMBUATKAN RASA CINTA SAYA TERHADAP NEGARA SAYA MAKIN BERTAMBAH...
KENANGAN ITU JUA YANG MEMBUATKAN SAYA BERASA BERUNTUNG TINGGAL DI BUMI MALAYSIA INI...
WALAUPUN JAUH ANTARA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI JAUH DARI SISI NAMUN SAYA BERJAYA UNTUK KEKAL BERADA DISANA...
KENANGAN PADA MALAM 31 OGOS 2013, KAMI BERKUMPUL DI DEWAN MAKAN SAMBIL MENANTI DETIK 12 MALAM...
SEBELUM MENANTI DETIK TERSEBUT CIKGU MENGADAKAN SESI KUIZ ANTARA KOMPENI...
ALHAMDULILLAH KAMI MENANG...
TAHNIAH KAWAN-KAWANKU SEMUA...
KEMUDIAN  TIBALAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU LAUNGAN "MERDEKA"
BERGEMA DI KEM HINGGA MAMPU MEMBUATKAN AKU MEREMANG BULU ROMA..
SAAT ITU AKU MERASAKAN SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA SEHINGGAKAN AIR MATA KU TURUT MENJADI SAKSI BERTAPA SYUKURNYA AKU LAHIR DI BUMI YANG AMAN INI...
SETERUSNYA NYANYIAN LAGU WARISAN OLEH ARWAH SUDIRMAN HAJI ARSYAD..
SEKALI LAGI MENGALIR AIR MATAKU TIAP KALI MEMIKIRKAN TIAP PATAH LIRIK YANG DNYANYIKAN...
RASA TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA MENGIZINKAN AKU BERADA DISINI...
KENANGAN BERSAMA CIKGU-CIKGU DAN KAWAN-KAWAN KHUSUS KOMPENI DELTA...
SAYA SANGAT SAYANG DAN RINDU KAMU SEMUA...
SEHINGGA KITA BERJUMPA DI LAIN HARI...
INGAT AKU DI DALAM DOAMU...














NURAZAH SAZALI 
DELTA D-12
KUMP 3 SIRI 10/2013

Sunday 10 August 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum w.b.t. sudah sekian lama saya tidak menulis atas sebab-sebab tertentu. Pada hari ini saya ingin berkongsi serba seedikit tentang buku yang baru saya baca pada pagi ini. Semalam saya telah menghadiri sebuah ruma terbuka + kenduri sambut menantu + kenduri akikah dan souveniernye saya mendapat buku mini yang bertajuk "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" oleh USTAZ FATHURI SALEHUDIN. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh penulis yang membuatkan saya tersedar dari mimpi yang tak berapa indah. Kebelakangan hidup saya bagaikan tak da makna apa-apa sampailah ada saudara yang sudi membantu. Jujur saya katakan membawa title sebagai bekas budak sekolah agama dan mempuyai sijil-sijil yang agak 'ok' membuatkan saya berasa sedikit tertekan dengan kehendak ibu untuk menjadikan saya 'ustazah' padahal saya tidak berminat hal mengajar lebih-lebih lagi kepada budak-budak sekarang. Pengalaman menjadi guru kafa selama seminggu menjadikan saya serik untuk mengajar.

Kembali kepada buku yang saya baca sebentar tadi antara ilmu-ilmu yang dapat saya kongsikan :
  • Cara paling berkesan menjemput rezeki ialah dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T..
  • Solat di awal waktu, yakin akan pertolongan Allah. Tinggalkanlah kerja anda di saat laungan azan. Sesungguhya apabila kita meletakkan Allah No. 1 dalam kehidupan seharian In Shaa Allah mudahlah bagi kita untuk menjemput rezeki dari NYA.
  • Dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat pahala dan rezeki, malah fikiran kita bertambah cerdas.
  • Apabila kita mengerjakan sesuatu pekerjaan kita dengan bersungguh-sungguh, ini juga bermakna kita menghormati pemberian Allah.
  • Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah, semaki bertambah rezeki semakin dekat kita dengan Allah. Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya...
  • Melunaskan hutang dengan strategi sedekah.
  • Sedekah menolak 70 pintu bala.
  • Buka Al-Quran dan semak surah Al- Baqarah ayat 261. Mari kita baca, hayati dan amalkan.
  • Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuklah kepada sahabat yang paling miskin dan Abu Dhamdham. Kerana terlalu ingin tahu , Abu Dzar bertanya "Wahai Nabi Allah, Engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apahakikat sedekah itu?" Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulanginya tiga kali berturut-turut.


Akhir kata apa yang baik semua dari Allah S.W.T. dan apa yang buruk semua dari saya. Semoga apa yang ditulis sedikit sebanyak dapat membuatkan kita mudah mendapat rezeki darinya In Shaa Allah...
Semoga urusan hari ini dan seterusnya dipermudahkan....
Sekian Terima Kasih..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...