Pages

Sunday, 10 August 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum w.b.t. sudah sekian lama saya tidak menulis atas sebab-sebab tertentu. Pada hari ini saya ingin berkongsi serba seedikit tentang buku yang baru saya baca pada pagi ini. Semalam saya telah menghadiri sebuah ruma terbuka + kenduri sambut menantu + kenduri akikah dan souveniernye saya mendapat buku mini yang bertajuk "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" oleh USTAZ FATHURI SALEHUDIN. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh penulis yang membuatkan saya tersedar dari mimpi yang tak berapa indah. Kebelakangan hidup saya bagaikan tak da makna apa-apa sampailah ada saudara yang sudi membantu. Jujur saya katakan membawa title sebagai bekas budak sekolah agama dan mempuyai sijil-sijil yang agak 'ok' membuatkan saya berasa sedikit tertekan dengan kehendak ibu untuk menjadikan saya 'ustazah' padahal saya tidak berminat hal mengajar lebih-lebih lagi kepada budak-budak sekarang. Pengalaman menjadi guru kafa selama seminggu menjadikan saya serik untuk mengajar.

Kembali kepada buku yang saya baca sebentar tadi antara ilmu-ilmu yang dapat saya kongsikan :
  • Cara paling berkesan menjemput rezeki ialah dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T..
  • Solat di awal waktu, yakin akan pertolongan Allah. Tinggalkanlah kerja anda di saat laungan azan. Sesungguhya apabila kita meletakkan Allah No. 1 dalam kehidupan seharian In Shaa Allah mudahlah bagi kita untuk menjemput rezeki dari NYA.
  • Dengan menunaikan perintah Allah khususnya solat, bukan sahaja mendapat pahala dan rezeki, malah fikiran kita bertambah cerdas.
  • Apabila kita mengerjakan sesuatu pekerjaan kita dengan bersungguh-sungguh, ini juga bermakna kita menghormati pemberian Allah.
  • Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah, semaki bertambah rezeki semakin dekat kita dengan Allah. Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya...
  • Melunaskan hutang dengan strategi sedekah.
  • Sedekah menolak 70 pintu bala.
  • Buka Al-Quran dan semak surah Al- Baqarah ayat 261. Mari kita baca, hayati dan amalkan.
  • Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuklah kepada sahabat yang paling miskin dan Abu Dhamdham. Kerana terlalu ingin tahu , Abu Dzar bertanya "Wahai Nabi Allah, Engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apahakikat sedekah itu?" Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulanginya tiga kali berturut-turut.


Akhir kata apa yang baik semua dari Allah S.W.T. dan apa yang buruk semua dari saya. Semoga apa yang ditulis sedikit sebanyak dapat membuatkan kita mudah mendapat rezeki darinya In Shaa Allah...
Semoga urusan hari ini dan seterusnya dipermudahkan....
Sekian Terima Kasih..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

0 comments:

Post a Comment