Pages

Monday 24 August 2015

SELAMAT HARI LAHIR...


Ini kad saya yang saya buat sendiri...tak banyak gambar dalam komp jd copy n paste je banyak huhu...

 Tepat jam 3.55 a.m. pada 24.08.1992, seorang bayi perempuan bernama Nurazah binti Sazali telah lahir ke dunia oleh seorang ibu yang bernama Faridah binti Jaafar . Terima kasih mak sebab telah memberi peluang untuk akan bernafas dalam dunia ini. Dan kepada insan yang bergelar abah kepada saya iaitu Sazali bin Hassan yang telah banyak berkorban masanya tuk saya. Banyak yang masih belum saya kecapi dalam hidup ini. Yang paling penting nak balas jasa kepada mak abah. Tapi itu semua hanya bermain di kepala je...bilalah masa itu akan datang...?

thanks  mom...<3
Mungkin disebabkan saya mempunyai bilangan adik beradik yang agak ramai jadi saya kurang merasakan kasih sayang mak abah. Mungkin juga itu hanya perasaan saya. Mana ada ibu ayah tak sayang anak anak kan...? Tapi itulah ke kadang banyak yang bermain dekat minda dan hati ni...mak tak sayang sayalah, mak suka pilih kasihlah. Banyak... banyak sangat salah dan silap saya terhadap mak saya , saya tak tahu macam mana saya nak tunjuk kasih sayang saya kepada mak saya. Bila saya nak buat or beli something tuk orang rumah mak selalu cakap tak payah. Untuk pengetahuan saya memang kedekut nak kasi pinjam duit ke orang tapi bila bab2 belanja makan ke keluarga saya sanggup habis duit tapi tak selalu la... mungkin dia nak saya stabilkan kewangan saya dulu. Tapi kenapa akak saya belanja mak diam je...? Sampai kalo saya yang belanja kena guna nama akak kalo tak mak saya emang tak makan un makanan tu...terasa sakit hati emang ada tapi saya diamkan saja tapi ada masa tak tahan emang keluar juga. Jadi bertambah la dosa saya sebagai seorang anak ke ibunya...


Dengan abah pulak masa kecil sayalah antara yang paling nakal masa last tahun 6, budak2 ni ajak jumpa dekat bandar, tapi masa dulu kenderaan utama dirumah kami hanyalah moto xde kereta masa tu kalo xsilap la..saya masa tu baru ngat pandai bawak motonye konon nak bawak g bandar...tapi abah tak kasi moto yang dah bawak keluar tinggal je dekat laman umah aku terus masuk umah merajuk la kononnya...abah balik marahla tengok moto dia ada dekat tengah panas...semua nunjuk ke koi suh alihkan merajuk masih lagi bersisa malas nak keluar lepas ter dengar sore abah yang marahnya emang tak ditahan n terus je nampak abah depan bilik dengan rotan ditangan apa lagi saya lari la dengan tak berselipe lari pusing keliling umah tak cukup umah sendiri lari keliling pulak umah wan masuk bawah umah...kecewa bila berpaling abah still kejar...akhirnya saya mengalah dan terduduk di tepi dapur umah wan da saya mendapat hadiah rotan  disitu jugak kerana terlalu degil... itulah antara kenangan di rotan abah yang paling saya ingat. Dan sekarang saya mengingatnya sebagai Salah satu kenangan yang manis...rindunya zaman nakal2 dulu...nak kena rotan lagi hahahaha...sampaikan masa sekolah menengah pernah sekali cikgu rotan sebab tak siap kerja sekolah dah tak rasa apa. Agaknya sebab dah terbiasa kena hahaha...Terima kasih abah kerana dengan rotan tu saya banyak dengar kata. Kalaulah abah tak rotan dulu apala jadi dengan saya...???

Akhir sekali saya mengucapkan kerana banyak berjasa dan bersabar dengan perangai buruk saya ni...semoga saya bisa menjadi anak yang berguna masa akan datang. Terima kasih sebab masih percaya kan saya, dan membesarkan saya...saya sayang mak n abah. Love both of u so much...

akhir sekali sekian terima kasih kerana sudi membaca love u... <3

Sunday 9 August 2015

Mood Happy....

Hai semua...


 
Assalamualaikum....hari ni da malam minggu 9 ogos...


Malam nie mood happy sebab besok dapat jumpa budak chomel nie...budak ni nama dia Hanan Aqilah a.k.a. cucu wan huhu...see yaa...
Just nak kongsi je apa yang dirasai oleh hati ni....huhu selamat malam...besok da kerja xde mood hahahAha

Friday 7 August 2015

BARANG HILANG SECARA TIBA2....???

As salam semua dan selamat malam...malam ni ada cerita nak kongsi...
Tadi saya keluar la kononnya nak g pasar malam...lebih kurang jam 6.30p.m. waktu malaysia... sebelum keluar saya sempat kemas katil. Lepas da penat membeli belah di pasar saya n adik sdare un blahla...saya ingat lagi saya masukkan phone dalam raga moto...
Sampai je rumah macam biasa la saya tongkatkan moto kunci n trus masuk umah sambil ditangan membawa barangan yang beli dekat pasar...disebabkan tangan dah penuh saya suruhla adik secara amik phone dalam raga moto...terkejut bila dia kata takde...akan tertinggal dekat pasar kot sebab tab tu saya letak dalam kocek masa membeli...tapi sure saya ingat saya isi phone dalam raga sebelum nak start enjin moto...

Tetiba...masa nak cari kunci moto sebab nak tengok mana tau dalam "bonet" moto saya terletak ke apa ke...tapi masalahnya kunci yang saya letak atas tilam boleh xde...jatuh bawah katil un xde...dua tiga kali saya n adik secara periksa moto n dalam bilik...cuak kot tab tu baru je beli gaji kedua baru ni...koi beli sebelum raya...lepas koi bertenang semula...tempat yang koi tengok tadi "aik, ada pulak elok je ada atas katil...baca tak dekat atas saya kata katil da kemas so masa saya cari kunci atas tilam seyes xde bukan saya je yang cari adik sedara un cari gak..tapi tetap xjumpa... sekali nampak ada...n untuk sekelian kali xtau kali berapa...tetiba elok je tab tu ada dalam raga moto...huhu pelik2...

Saya tengok muka dia tetiba berubah muka saya tetiba kecut...gonekan barang yang dicari pada mulanya seyes xjumpa lepas tu jumpa balik...huhu nasib tak hilang...seyes cuak...agaknya 'dia' nak bergurau ngan kami kowt...hahaha ok lah semua nak tido besok kena kerja...ada stok baru sampai...huhu sampaikan salam assalamualaikum pada semua insan yang berada dimuka bumi ini....

#seyessayatakutnengokgambaroranghitamter...
#saya suka tengok kat aku ke login haha haha...

Wednesday 5 August 2015

Rindu Dia....

As salam selamat malam...jam da pukul 12:05am tapi mata still cerah dok tau nak wat benda...ni nak cerita sikit my lovely kids nowadays is hanan aqilah...dia comey sangat...geram koi hahaha biasa balik lepas balik kerja biasa la duk lepak dekat taska sambil tunggu akak habis OT....kebiasaannya ada hanan boleh la main2...ni hanan cuti seminggu...waa bosannya..thats why la minggu ni koi suka keluar pejabat lambat sbb tau emang bosan kalo g awal2...hahaha rindu ke baby hanan aqilah...

Friday 3 April 2015

10 . MARCH . 2015

As salam semua kepada semua pembaca yang amat saya kasihi sekalian...setelah sekian lama saya mendiamkan diri akhirnya saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurninya saya masih dapat menulis sedikit nurkilan yang bakal saya ceritakan sebentar lagi...

Saya mengenali arwah sudah lama semenjak kecil lagi. Almaklumlah sepupu la katakan. Tapi pada tahun 2009 saya mendapat khabar berita bahawa sepupu saya ni menghidap penyakit "Kanser Tulang dan Tisu" rasa sedih mula menguasai diri. Tatkala berjumpa dan melihat dia begitu tabah menghadapi dugaan yang sedemikian rasa simpati saya simpan dalam hati sahaja. Penghujung tahun 2009 keputusan UPSR bakal dikeluarkan saya dapat tau arwah mendapat keputusan yang cemerlang 4A 1B saya merasakan suatu perasaan bangga. Walaupun sepanjang tahun 2009 di berhadapan dengan kimo di HUSM Kelantan namun akan tetapi tidak melumpuhkan hasratnya untuk berjaya. 

Pernah pada tahun 2010 saya ke rumah arwah. Niat dihati untuk mencari pekerjaan sementelah habis belajar STAM. Sepanjang masa di sana saya amat selesa dengan layanan yang diberi keluarga sepupu ni. Pernah sekali saya diajak sekali membaca yasin bersama ibu saudara dengan adik sepupu yang lain sememangnya tiap malam khamis keluarga ini tidak lekang membaca yassin. Selepas membaca saya diarahkan untuk membaca doa yassin. Kenangan itu yang tidak pernah saya lupa dimana selepas membaca yassin arwah ada bercakap dengan saya katanya "kak azah ada silap 3 kali dalam bacaan tadi..." Ya Allah nak dikatakan malu memang malu gila tapi mengenangkan itu ada baiknya supaya saya tidak mengulanginya semula. Untuk tahun itu saya hanya sempat tinggal disana selama 2-3 bulan kalau tak silap kerana rindukan kampung halaman....

2013 Pada hujung tahun 2014, saya mengalami kekeliruan yang agak payah bagi saya dimana, niat di hati untuk menyambung pelajaran ditolak mentah-mentah. Pekerjaan yang ditawarkan terpaksa ditolak kerana tempat yang ditawarkan agak jauh. Pada suatu hari ibu saudara saya yang merupakan ibu arwah ni mengajak saya untuk tinggal bersamanya dan tolong dia menjaga anaknya ketika ketiadaan orang di rumah dan sewaktu ibu dan ayah saudara membawa arwah ke HUSM tuk rawatan kimo yang seterusnya. Pada awal tahun 2014 sekali lagi saya berkunjung ke Kuantan. Boleh tahan lama jugak kali ni saya berada di Kuantan dalam sembilan bulan itupun saya terpaksa balik kerana Latihan Industri saya bakal bermula pada bulan Oktober 2014. "Eh tadi kata tak boleh belajar macam mana boleh dapat latihan industri kan...?" saya pasti ada yang pelik....

Begini, setelah tiga bulan saya berada di Kuantan saya terasa kebosanan yang melampau sampaila ibu saudara saya memperkenalkan saya dengan tempat belajar Institut Perdagangan Munshi di sini saya hanya belajar waktu pagi dan kekadang sampai tengahhari. Saya akan mula menjaga arwah pada tengahhari kerana ibunya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuantan mengajar di sebelah petang. Saya amat menghargai jasa ibu saudara ini kerana berjaya mendesak saya untuk belajar. Dimana pada saat itu tahap keinginan belajar saya amat rendah. Di tempat belajar saya mengambil Pengurusan Pejabat bertaraf Sijil. Hari demi hari saya hadapi dengan penuh tabah. Saya jaga dia, saya kawan dengan dia, borak dengan dia, dia kasi ceramah ke saya macam-macam lagi la...sampaila akhirnya latihan industri bermula. Rasa lega dihati sedikit tatkala dapat tahu yang sesi kimo dia dah berakhir dan ada terdetik nak tengok arwah berdiri dan sebagainya. Tak tahu macam mana tapi saya da anggap arwah macam adk sendiri. Sedih memang sedih nak tinggalkan rumah tu tapi nak buat macam mana dunia realiti pun saya kena hadap kan...?

Awal bulan Mac 2015 sementara nak tnggu kerja dapat saya adalah buat kerja sementara nak tunggu yang tetap. Sekali lagi saya mendapat panggilan dari ibu saudara di Kuantan katanya nak bawak arwah ke HUSM jadi dia nak mintak tolong saya tolong tengokkan anak-anak dia yang lain di rumah. Kebetulan sesangat kerja sementara yang saya buat tiada untuk tarikh yang saya nak ke Kuantan. Pada 07.03.2015 saya sampai petang dirumah bersama adik sepupu saya imah yang baru selesai mengambil keputusan SPM yang agak cemerlang Tahniah diucapkan kepada awak...tapi agak menyedihkan ketika saya sampai petang itu, saya dimaklumkan adik sepupu bahawa arwah kena tahan wad sebab sesak nafas. Tapi perasaan saya pada ketika itu kosong sebab dia dah selalu masuk wad jadi saya cuma berdoa semoga semuanya baik-baik belaka.

08.03.2015 Pagi keesokkan harinya, saya diminta oleh ibu saudara untuk menjaga arwah kerana dia perlu pulang untuk masak dan ayahnya kebetulan ade program yang tidak dapat dielak. Jadi dengan rela hati saya pergi la ke HTAA kali pertama selepas beberapa bulan saya lihat arwah sedang lena. Kata mak sedara dia penat sangat sebab malam tak lena katanya. Tenang je saat melihat dia sedang lena apelah dimimpinye tu....lama jugak tnggu dia bangun...Tiba-tiba..."ummi...!" agaknya dia ingat ibunya masih di situ. selepas itu aku menjengokkan kepala "hai...?" kataku..."eh kak jah...bila sampai...?" begitula serba sedikit perbualan yang berlaku antara kami rancak jugak perbualan kami hampir ke tengahhari mak sedara pun sampai dengan membawa bekal nasi putih + ayam masak gulai rebung + sambal dan sayur. Arwah kelihatan selera sekali menyuap walaupun sedikit. Dari dulu lagi saya suka tengok kalau dia makan dengan selera. Sambil berdoa semoga Allah panjangkan umur dia lagi...Sampai ke petang abang arwah ada datang selepas baru mengetahui adiknya kena tahan wad akibat sesak nafas. Lagi satu saya suka sangat bila arwah berborak dengan along dia memang da tak nampak orang lain...muka dia ceria sangat. Lewat petang saya menghantar abang dia pulang ke asrama UIA Pahang. Kepenatan malam hari terasa sangat sampai je rumah selesai solat maghrib dan isya' saya terus da dalam dunia saya.

09.03.2015 Pada hari isnin, sekali lagi tempat jam 11 pagi saya dah berada di HTAA Kuantan. Saya bakal mengganti shift dengan maksedara berikutan pada hari tersebut mak sedara kena menjaga peperiksaan yang tengah berlangsung disekolah. Pagi tersebut kelihatan macam hari-hari yang biasa. Masuk je wad yang ditempatkan terkejut saya tengok dia dah beralih tempat. Saya mengucapkan syukur yang teramat kalo dia dah maki sihat. Rupa-rupanya, dia kena pindah sebentar berikutan ada pakcik yang tiba-tiba kritikal dan nurse tersebut berjanji untuk mengalihkan dia semula bila da selesai. Saya dan arwah berborak macam biasa...."angah ape aktiviti angah nak buat hari ni...?" dia berfikir sebentar "aktiviti angah hari ni....urmmm....nak balik semula ke tempat angah tak selesa dekat sini..." kata arwah. Dalam pukul hampir pukul 3 kalau saya tak silap kelihatan ada tanda-tanda pakcik yang duduk di tempat arwah akan berpindah ke ICU. Akhirnya pak cik tu berpindah ke wad ICU wajah angah ceria sangat dia meminta saya untuk memanggil nurse supaya mengalihkan dia secepat yang mungkin. Akan tetapi ada masalah yang berlaku membuatkan arwah terasa hati dan akhirnya seorang dokor yang baik mengizinkan dia untuk kembali ke tempat asal akan tetapi nurse yang menjengkelkan bagi saya tu katanya dia sibuk nanti petang dia akan alihkan. Saya lihat arwah kelihatan lega sedikit dan dia mula lelap. Bila saya pandang ke wajahnya entah masa bila pulak dia ambil bantal leher yang saya guna ke leher dia saya pun tak pasti...Sekejap sangat dia tertidur dia bangun sebab terdengar ada orang kasi makan petang. Katanya nak kuih ngan air teh...dia hanya sempat minum seteguk air teh kemudian...

Pada detik itula segala-galanya berlaku...Arwah mengalami sesak nafas yang teruk nafas dia dah jatuh ke tahap 40...pada ketika itu mula la nurse tu nak menggelabah nasib baik nurse tu pregnant xbley nak brlari or ape2 doktor yang baik hati itu la yang pergi hantr darah dan sebagainya. oksigen dalam badan banyak menurun saya dalam kalut menelefon ibunya untuk datang secepat yang mungkin. Namun kuasa Allah segalanya mungkin. Naluri seorang ibu membuatkan mak sedara saya rupanya terlebih dahulu meminta izin kepada ketua sekolah untuk pulang awal bagi menjaga anak yang sedang sakit di hospital. Disaat saya menelefon ibunya, ibunya sudah berada di hospital dan baru saja selesai untuk memindahkan anaknya ke wad satu. Akan tetapi doktor meminta kebenaran kepada saya untuk memasukkan tiub pernafasan ke dalam badan. Saya memang tak tahu nak jawab ape...pada saat dan ketika itu ibunya datang dan mendengar segala ape yang doktor jelaskan kepada saya sebentar tadi. Terus dia pergi memeluk anaknya dan membisikkan doa dan kata-kata semangat. Kemudian dia bertanya kepada anaknya adakah angah sanggup nak pakai tiub tu...dalam kepayahan si anak mengangguk. dan si ibu mengiakan. Bagi sape yang prnah mengalami pasti anda tahu memang sukar nak masukkan tiub ke dalam badan. Tak sanggup melihat arwah dalam keadaan begitu. Saya melihat mak sedara dalam keadaan risau. Saya cuba tuk memberi tahu suaminya akan tetapi agaknya saminya masih di dalam kelas (mengajar) sebab tu dia tak angkat phone. Akhirnya saya cuma menitipkan pesanan kepada adik sepupu saya yang berada di rumah.

Hampir sejam akhirnya tiub berjaya dimasukkan. Tak dapat nak bayangkan apa perasaan orang tua dia. Kalau saya yang hanya sebagai akak sepupu ni pun da terasa sedih apatah lagi orang tuanya. Petang itu saya terasa air mata saya tak berhenti mengalir, akhirnya pak saudara sampai dia terus memeluk anaknya dan membisikkan sama ape yang dibuat oleh si isterinya. Jujur saya tak pernah tengok kedua-dua makcik dan pakcik saya ni mengalirkan air mata. bertapa payah pun mereka alami selama hampir tujuh tahun ini. Angin petang menyapa lembut kewajahku...aku melihat ayah saudaraku menelefon adiknya dan menyuruh adik-beradiknya tuk hadir kerana arwah dah tenat. Sebelum maghrib kesemua adik beradik sampai...kelihatan sembap muka adik perempuan arwah satu-satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga aku datang terus memeluk dia aku harap dia tabah. Mereka diarahkan untuk cium abang mereka, solat maghrib dan membaca yassin di telinga abang ngah mereka. Kesemua adalah anak yang baik mereka buat mengikut apa yang dikata oleh umi dan abah.

Dengan rasa sedih saya menelefon mak saya dikampung untuk memberitahu kisah sedih ini dan sekejap je berita ni sampai ke pengetahuan saudara mara. Dan pada malam itu juga kesemua adik beradik belah emak semua hadir tidak ketinggalan guru-guru arwah turut hadir pada malam tersebut. Malam itu kami semua bermalam di hospital. Adik-adik arwah da balik memandangkan besok sekolah. Malam itu ramai yang hadir tidak putus-putus untuk menziarah sampai ke pagi. Kami tertidur jam 3 Pagi kalau tak silap... 

Pagi tu kami bangun pagi untuk solat subuh saya diarahkan pulang kerana saya la yang paling lama disana. Saya pulang sebentar ke rumah untuk membersihkan diri dan tidur selelap. Dapat la saya tidur dengan tenang...bgaikan makan pil tidur. Saya tidur semula dalam pukul 7 dan tersedar pkul 10. Janji untuk ke hospital tinggal setengah jam...saya bersiap punya la cepat dengan harapan dempat in shaa Alla. Sampai je di hospital kebnyakkan saudara dah mula bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Pagi itu memang tak putus-putus orang datang melawat. Sebenarnya dari malam semalam kedua orang tua arwah sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa tiub yang sedang di pam oleh doktor adalah bersifat sementara...jika pam tersebut dihentikan urm pembaca sekalian mesti fahamkan...

Pada tengahhari saya diarahkan untuk membeli makanan tengahhari tuk 4 orang. Naik je ke atas saya lihat pam sudah ditarik bermakna oksigen masih ada dan dia bernafas sendiri tanpa bantuan...perlahan-lahan saya lihat nafas dia semakin lemah...jam menunjukkan pukul 3.30 ibunya meminta saya unuk duduk di sebelah dia sebab dia nak g makan...almaklumlah dari pagi tak menyuap takut dia tumbang. Akhirnya selepas petang semalam baru la saya boleh cakap dengan dia...saya rasa tenang sangat masa cakap dengan dia tu....selesai mk sdare mkan saya bg dia duduk di sebelah anaknya tiba-tiba..."along panggil abah long cepat...!" dengan kadar segera terus nampak kelibat si abah dan along nurse yang perasan akan mesin yang menandakan satu arah mula menarik kain langsir untuk ditutup. Saya melihat ayah sedara mengajar arwah untuk mengucap..saya nampak...saya nampak lidahnya bergerak akhirnya...."SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH MILIK ALLAH, DAN KEPADA-NYA LAH KAMI KEMBALI..." Tepat jam 4 petang, detik ini takkan saya lupa bagai terngiang-ngiang prbualan saya dengan arwah petang sebelumnya macam baru sahaja kami berbual...

Alhamdulillah pengurusan Jenazah selamat dikebumikan. Selepas disahkan meninggal urusan keluar dari hospital tak sampai sejam...ketua nurse pun cakap "eh cepatnya...biasa nak buat surat semua tu makan masa yang agak lama..." kami hanya mendiamkan diri...dalam hati aku berkata dia anak yang baik, solat tak pernah tinggal, sepanjang dalam hospital tak penah dia melupakan kewajipan dia sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Selepas disolatkan di Taman Guru, dan seterusnya bertolak ke Temerloh di tempat kelahiran ibunya. Alhamdulillah kami sampai di Kg. Teluk Ira, Temerloh tepat masuk waktu isya' solat jamak kami lakukan kerana perjalanan dari Kuantan ke Temerloh mengambil masa hampir 2 jam. Usai solat jamak, sekali lagi solat jenazah dilakukan sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Ira.

Alhamdulillah semuanya dah selamat. Pada malam tersebut tiga malam saya tak lena tidur sebab teringatkan dia. Sesekali air mata berlinang secara tiba-tiba sayu je rasa hati. Kawan saya cakap "mungkin sebab dia pergi masih baru...banyakkan sedekah al-fatihah ke arwah..." macam-macam lagi. Tinggal beberapa hari lagi nak dekat ke 10/4 bermakna sudah sebulan arwah pergi meninggalkan kami yang hidup.



"angah dalam tak sedar da sebulan angah pergi...alhamdulillah kok de da banyak berubah sikit, dulu kok de selalu malas bila tengok kecekalan angah kok de bangkit. Semoga ape yang kok de lakukan sekarang biarlah kekalkan ke Jannah. Ada satu kok de nak cakap masa jumpa angah first hari tu dan masa kok de bercakap sebelum angah pergi kok de nak sangat cakap...angah nampak handsome sangat dekat mata kok de kalah budak kemboja yang duduk depan angah tu..semoga angah sihat dan bersama orang-orang yang soleh..kami disini semua sayangkan angah..."


"UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN SEJAK ARWAH DISAHKAN MENGHIDAP KANSER, BELIAU TIDAK DAPAT LAGI BERJALAN SEPERTI RAKAN-RAKAN YANG LAIN AKAN TETAPI ITU BUKAN PENGHALANG DIA UNTUK BERJAYA. DIA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG, SAKIT TIDAK MENGHALANG DIA TUK BERIBADAH, APAKAH KITA MANUSIA YANG SIHAT HENDAK TUNGGU SAKIT BARU NAK TERNGADAH...???"


Akhir sekali terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca sedikit kisah arwah adik sepupu saya..Marilah kita sama -sama memberi sedikit waktu untuk menyedahkahkan kepada orang-orang yang kita sayang yang telah pergi meninggalkan kita.

AL-FATIHAH...

Monday 5 January 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

1. PANDANGAN MATA

  • Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali sahaja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk.


2. MAKAN GARAM

  • Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.


3. MINUM TANGAN KANAN

  • Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


4. SESAAT DI JALAN ALLAH

  • Sesaat di jalan Allah lebih baik berbanding dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam qadar   walaupun hanya sekadar "Hai kawan ayuhlah kita solat".


5. LANGKAH KANAN

  • Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.


6. MAKAN TIGA JARI

  • Nabi S.A.W. makan kurma dengan tiga jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita  makan nasi kalau susah       bolehlah dengan suapan pertama ikut sunnah.


7. JAMINAN ALLAH

  • Tiga orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.


8. GUNTING BULU

  • Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting atau mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.


9. JANGAN BERSIUL

  • Jangan bersiul kerana sewaktu bersiul mula-mula dibuang kedunia, iblis menggembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.


10. CARA POTONG KAKI TANGAN

  • Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


11. CARA POTONG KUKU KAKI

  • Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


12. PANJANG LENGAN BAJU

  • Panjang lengan baju Rasulullah S.A.W. adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.


13. PAKAIAN KESUKAAN

  • Pakaian kesukaan Rasulullah S.A.W. adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.


14. BERSIWAK

  • Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah akan hitung 70 kali     bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.


15. DOA DALAM SUJUD

  • Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana       hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya.


16. ADAB DI TANDAS

  • Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.


17. ADAB MAKAN

  • Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga       minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


18. TIGA JENIS ORANG

  • Tiga jenis orang yang tidak akan dipandang Allah S.W.T. pada hari kiamat iaitu orang tua penzina,       Raja yang berdusta dan orang miskin yang sombong.


19. PAKAI MINYAK WANGI

  • Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.


20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

  • Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.


21. CINCIN PERAK

  • Pakai cincin perak dikelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama     mana memakinya.


22. SOLAT FARDHU DI MASJID

  • Nabi S.A.W. tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kaki kiri dihapus satu dosa.


23. PAKAI CELAK

  • Gunakan celak Ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.


24. PANJANG PAKAIAN

  • Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah setengah betis dan tidak melebihi buku lali.


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

  • Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal dimanakah anda akan solat.


26. MENGUAP
  • Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
  • Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama mana menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA MEMBUANG AIR
  • Jangan menghadap / membelakangkan Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila berada di dalam bangunan itupun kalu terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH S.A.W.
  • Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah S.A.W.  menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
  • Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
  • Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar amggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
  • Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
  • Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
  • Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
  • Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
  • Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
  • Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
  • Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
  • Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
  • Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
  • Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
  • Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
  • Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
  • Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
  • Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
  • Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
  • Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
  • Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
  • Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
  • Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
  • Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
  • Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
  • Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
  • Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
Maksud Miswak : Siwak atau miswak (Arab:سواك) adalah dahan atau akar dari pohon Salvadora persica yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Oleh karena itu semua dahan atau akar pohon apa saja boleh digunakan untuk bersiwak jika memenuhi persyaratannya, yaitu lembut, sehingga batang atau akar kayu yang keras tidak boleh digunakan untuk bersiwak karena bisa merusak gusi dan email gigi; bisa membersihkan dan berserat serta bersifat basah, sehingga akar atau batang yang tidak ada seratnya tidak bisa digunakan untuk bersiwak; seratnya tersebut tidak berjatuhan ketika digunakan untuk bersiwak sehingga bisa mengotori mulut.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
  • Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Diharap semuanya boleh memberi manfaat kepada semua rakan-rakan blogger di luar sana....
Terima Kasih...

Wednesday 24 December 2014

KAWANKU

ASSALAMUALAIKUM...Pagi tadi tempat saya praktikal baru sahaja habis buat jamuan tuk salah seorang sahabat yang saya dapat ketika saya menjalani praktikal di Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh iaitu Wani (nama pendek dia...)
 Gambar : Farhan, Wani, Azah

Disamping ini saya nak mengucap kepada sahabat saya syazwani...mohon maaf di atas silap dan salah saya sepanjang perkenalan kita...mana tau awok ade trase hati huhu.
Gambar di bawah ialah gambar sepanjang masa jamuan berlalu kecuali masa makan kitorang tak snap sebab terlalu asyik makan makanan yang disediakan  unit pentadbiran dan kewangan nasi lemak ayam rendang perghhh....memang terbaiklah.....


Seterusnya E.O. Ros kami memberi kata-kata penghargaan kepada wani dan seterusnya memberi sijil penghargaan kepada wani atas segala kerja yang beliau bantu selama beliau berkhidmat sebagai pelatih praktikal IT bukan sahaja kepada unit IT bahkan satu Pejabat Daerah Dan Tanah dia bantu sekiranya dipanggil...





Dan akhir sekali, kami sempat ber selca beramai-ramai .....




 

 Yang ada dalam : Kak ina, Kak mieza, CC Paridah, Kak Siti, Kak Tikah, CC Hana, Farhan, wani, Saya, Kak Wan, Kak Bar, E.O. Ros,  dan Kak Nor.

Yang tak de dalam Gambar : Datin gee, Pn. Meera, C.K., Shahrol, Khalid, Kadri, Kak ida, Kak Farah dan Kak Anom.

Terima kasih sekali lagi Wani kerana menceriakan hari-hari kami di PDT TEMERLOH.