Pages

Friday 3 April 2015

10 . MARCH . 2015

As salam semua kepada semua pembaca yang amat saya kasihi sekalian...setelah sekian lama saya mendiamkan diri akhirnya saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurninya saya masih dapat menulis sedikit nurkilan yang bakal saya ceritakan sebentar lagi...

Saya mengenali arwah sudah lama semenjak kecil lagi. Almaklumlah sepupu la katakan. Tapi pada tahun 2009 saya mendapat khabar berita bahawa sepupu saya ni menghidap penyakit "Kanser Tulang dan Tisu" rasa sedih mula menguasai diri. Tatkala berjumpa dan melihat dia begitu tabah menghadapi dugaan yang sedemikian rasa simpati saya simpan dalam hati sahaja. Penghujung tahun 2009 keputusan UPSR bakal dikeluarkan saya dapat tau arwah mendapat keputusan yang cemerlang 4A 1B saya merasakan suatu perasaan bangga. Walaupun sepanjang tahun 2009 di berhadapan dengan kimo di HUSM Kelantan namun akan tetapi tidak melumpuhkan hasratnya untuk berjaya. 

Pernah pada tahun 2010 saya ke rumah arwah. Niat dihati untuk mencari pekerjaan sementelah habis belajar STAM. Sepanjang masa di sana saya amat selesa dengan layanan yang diberi keluarga sepupu ni. Pernah sekali saya diajak sekali membaca yasin bersama ibu saudara dengan adik sepupu yang lain sememangnya tiap malam khamis keluarga ini tidak lekang membaca yassin. Selepas membaca saya diarahkan untuk membaca doa yassin. Kenangan itu yang tidak pernah saya lupa dimana selepas membaca yassin arwah ada bercakap dengan saya katanya "kak azah ada silap 3 kali dalam bacaan tadi..." Ya Allah nak dikatakan malu memang malu gila tapi mengenangkan itu ada baiknya supaya saya tidak mengulanginya semula. Untuk tahun itu saya hanya sempat tinggal disana selama 2-3 bulan kalau tak silap kerana rindukan kampung halaman....

2013 Pada hujung tahun 2014, saya mengalami kekeliruan yang agak payah bagi saya dimana, niat di hati untuk menyambung pelajaran ditolak mentah-mentah. Pekerjaan yang ditawarkan terpaksa ditolak kerana tempat yang ditawarkan agak jauh. Pada suatu hari ibu saudara saya yang merupakan ibu arwah ni mengajak saya untuk tinggal bersamanya dan tolong dia menjaga anaknya ketika ketiadaan orang di rumah dan sewaktu ibu dan ayah saudara membawa arwah ke HUSM tuk rawatan kimo yang seterusnya. Pada awal tahun 2014 sekali lagi saya berkunjung ke Kuantan. Boleh tahan lama jugak kali ni saya berada di Kuantan dalam sembilan bulan itupun saya terpaksa balik kerana Latihan Industri saya bakal bermula pada bulan Oktober 2014. "Eh tadi kata tak boleh belajar macam mana boleh dapat latihan industri kan...?" saya pasti ada yang pelik....

Begini, setelah tiga bulan saya berada di Kuantan saya terasa kebosanan yang melampau sampaila ibu saudara saya memperkenalkan saya dengan tempat belajar Institut Perdagangan Munshi di sini saya hanya belajar waktu pagi dan kekadang sampai tengahhari. Saya akan mula menjaga arwah pada tengahhari kerana ibunya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuantan mengajar di sebelah petang. Saya amat menghargai jasa ibu saudara ini kerana berjaya mendesak saya untuk belajar. Dimana pada saat itu tahap keinginan belajar saya amat rendah. Di tempat belajar saya mengambil Pengurusan Pejabat bertaraf Sijil. Hari demi hari saya hadapi dengan penuh tabah. Saya jaga dia, saya kawan dengan dia, borak dengan dia, dia kasi ceramah ke saya macam-macam lagi la...sampaila akhirnya latihan industri bermula. Rasa lega dihati sedikit tatkala dapat tahu yang sesi kimo dia dah berakhir dan ada terdetik nak tengok arwah berdiri dan sebagainya. Tak tahu macam mana tapi saya da anggap arwah macam adk sendiri. Sedih memang sedih nak tinggalkan rumah tu tapi nak buat macam mana dunia realiti pun saya kena hadap kan...?

Awal bulan Mac 2015 sementara nak tnggu kerja dapat saya adalah buat kerja sementara nak tunggu yang tetap. Sekali lagi saya mendapat panggilan dari ibu saudara di Kuantan katanya nak bawak arwah ke HUSM jadi dia nak mintak tolong saya tolong tengokkan anak-anak dia yang lain di rumah. Kebetulan sesangat kerja sementara yang saya buat tiada untuk tarikh yang saya nak ke Kuantan. Pada 07.03.2015 saya sampai petang dirumah bersama adik sepupu saya imah yang baru selesai mengambil keputusan SPM yang agak cemerlang Tahniah diucapkan kepada awak...tapi agak menyedihkan ketika saya sampai petang itu, saya dimaklumkan adik sepupu bahawa arwah kena tahan wad sebab sesak nafas. Tapi perasaan saya pada ketika itu kosong sebab dia dah selalu masuk wad jadi saya cuma berdoa semoga semuanya baik-baik belaka.

08.03.2015 Pagi keesokkan harinya, saya diminta oleh ibu saudara untuk menjaga arwah kerana dia perlu pulang untuk masak dan ayahnya kebetulan ade program yang tidak dapat dielak. Jadi dengan rela hati saya pergi la ke HTAA kali pertama selepas beberapa bulan saya lihat arwah sedang lena. Kata mak sedara dia penat sangat sebab malam tak lena katanya. Tenang je saat melihat dia sedang lena apelah dimimpinye tu....lama jugak tnggu dia bangun...Tiba-tiba..."ummi...!" agaknya dia ingat ibunya masih di situ. selepas itu aku menjengokkan kepala "hai...?" kataku..."eh kak jah...bila sampai...?" begitula serba sedikit perbualan yang berlaku antara kami rancak jugak perbualan kami hampir ke tengahhari mak sedara pun sampai dengan membawa bekal nasi putih + ayam masak gulai rebung + sambal dan sayur. Arwah kelihatan selera sekali menyuap walaupun sedikit. Dari dulu lagi saya suka tengok kalau dia makan dengan selera. Sambil berdoa semoga Allah panjangkan umur dia lagi...Sampai ke petang abang arwah ada datang selepas baru mengetahui adiknya kena tahan wad akibat sesak nafas. Lagi satu saya suka sangat bila arwah berborak dengan along dia memang da tak nampak orang lain...muka dia ceria sangat. Lewat petang saya menghantar abang dia pulang ke asrama UIA Pahang. Kepenatan malam hari terasa sangat sampai je rumah selesai solat maghrib dan isya' saya terus da dalam dunia saya.

09.03.2015 Pada hari isnin, sekali lagi tempat jam 11 pagi saya dah berada di HTAA Kuantan. Saya bakal mengganti shift dengan maksedara berikutan pada hari tersebut mak sedara kena menjaga peperiksaan yang tengah berlangsung disekolah. Pagi tersebut kelihatan macam hari-hari yang biasa. Masuk je wad yang ditempatkan terkejut saya tengok dia dah beralih tempat. Saya mengucapkan syukur yang teramat kalo dia dah maki sihat. Rupa-rupanya, dia kena pindah sebentar berikutan ada pakcik yang tiba-tiba kritikal dan nurse tersebut berjanji untuk mengalihkan dia semula bila da selesai. Saya dan arwah berborak macam biasa...."angah ape aktiviti angah nak buat hari ni...?" dia berfikir sebentar "aktiviti angah hari ni....urmmm....nak balik semula ke tempat angah tak selesa dekat sini..." kata arwah. Dalam pukul hampir pukul 3 kalau saya tak silap kelihatan ada tanda-tanda pakcik yang duduk di tempat arwah akan berpindah ke ICU. Akhirnya pak cik tu berpindah ke wad ICU wajah angah ceria sangat dia meminta saya untuk memanggil nurse supaya mengalihkan dia secepat yang mungkin. Akan tetapi ada masalah yang berlaku membuatkan arwah terasa hati dan akhirnya seorang dokor yang baik mengizinkan dia untuk kembali ke tempat asal akan tetapi nurse yang menjengkelkan bagi saya tu katanya dia sibuk nanti petang dia akan alihkan. Saya lihat arwah kelihatan lega sedikit dan dia mula lelap. Bila saya pandang ke wajahnya entah masa bila pulak dia ambil bantal leher yang saya guna ke leher dia saya pun tak pasti...Sekejap sangat dia tertidur dia bangun sebab terdengar ada orang kasi makan petang. Katanya nak kuih ngan air teh...dia hanya sempat minum seteguk air teh kemudian...

Pada detik itula segala-galanya berlaku...Arwah mengalami sesak nafas yang teruk nafas dia dah jatuh ke tahap 40...pada ketika itu mula la nurse tu nak menggelabah nasib baik nurse tu pregnant xbley nak brlari or ape2 doktor yang baik hati itu la yang pergi hantr darah dan sebagainya. oksigen dalam badan banyak menurun saya dalam kalut menelefon ibunya untuk datang secepat yang mungkin. Namun kuasa Allah segalanya mungkin. Naluri seorang ibu membuatkan mak sedara saya rupanya terlebih dahulu meminta izin kepada ketua sekolah untuk pulang awal bagi menjaga anak yang sedang sakit di hospital. Disaat saya menelefon ibunya, ibunya sudah berada di hospital dan baru saja selesai untuk memindahkan anaknya ke wad satu. Akan tetapi doktor meminta kebenaran kepada saya untuk memasukkan tiub pernafasan ke dalam badan. Saya memang tak tahu nak jawab ape...pada saat dan ketika itu ibunya datang dan mendengar segala ape yang doktor jelaskan kepada saya sebentar tadi. Terus dia pergi memeluk anaknya dan membisikkan doa dan kata-kata semangat. Kemudian dia bertanya kepada anaknya adakah angah sanggup nak pakai tiub tu...dalam kepayahan si anak mengangguk. dan si ibu mengiakan. Bagi sape yang prnah mengalami pasti anda tahu memang sukar nak masukkan tiub ke dalam badan. Tak sanggup melihat arwah dalam keadaan begitu. Saya melihat mak sedara dalam keadaan risau. Saya cuba tuk memberi tahu suaminya akan tetapi agaknya saminya masih di dalam kelas (mengajar) sebab tu dia tak angkat phone. Akhirnya saya cuma menitipkan pesanan kepada adik sepupu saya yang berada di rumah.

Hampir sejam akhirnya tiub berjaya dimasukkan. Tak dapat nak bayangkan apa perasaan orang tua dia. Kalau saya yang hanya sebagai akak sepupu ni pun da terasa sedih apatah lagi orang tuanya. Petang itu saya terasa air mata saya tak berhenti mengalir, akhirnya pak saudara sampai dia terus memeluk anaknya dan membisikkan sama ape yang dibuat oleh si isterinya. Jujur saya tak pernah tengok kedua-dua makcik dan pakcik saya ni mengalirkan air mata. bertapa payah pun mereka alami selama hampir tujuh tahun ini. Angin petang menyapa lembut kewajahku...aku melihat ayah saudaraku menelefon adiknya dan menyuruh adik-beradiknya tuk hadir kerana arwah dah tenat. Sebelum maghrib kesemua adik beradik sampai...kelihatan sembap muka adik perempuan arwah satu-satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga aku datang terus memeluk dia aku harap dia tabah. Mereka diarahkan untuk cium abang mereka, solat maghrib dan membaca yassin di telinga abang ngah mereka. Kesemua adalah anak yang baik mereka buat mengikut apa yang dikata oleh umi dan abah.

Dengan rasa sedih saya menelefon mak saya dikampung untuk memberitahu kisah sedih ini dan sekejap je berita ni sampai ke pengetahuan saudara mara. Dan pada malam itu juga kesemua adik beradik belah emak semua hadir tidak ketinggalan guru-guru arwah turut hadir pada malam tersebut. Malam itu kami semua bermalam di hospital. Adik-adik arwah da balik memandangkan besok sekolah. Malam itu ramai yang hadir tidak putus-putus untuk menziarah sampai ke pagi. Kami tertidur jam 3 Pagi kalau tak silap... 

Pagi tu kami bangun pagi untuk solat subuh saya diarahkan pulang kerana saya la yang paling lama disana. Saya pulang sebentar ke rumah untuk membersihkan diri dan tidur selelap. Dapat la saya tidur dengan tenang...bgaikan makan pil tidur. Saya tidur semula dalam pukul 7 dan tersedar pkul 10. Janji untuk ke hospital tinggal setengah jam...saya bersiap punya la cepat dengan harapan dempat in shaa Alla. Sampai je di hospital kebnyakkan saudara dah mula bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Pagi itu memang tak putus-putus orang datang melawat. Sebenarnya dari malam semalam kedua orang tua arwah sudah dimaklumkan oleh doktor bahawa tiub yang sedang di pam oleh doktor adalah bersifat sementara...jika pam tersebut dihentikan urm pembaca sekalian mesti fahamkan...

Pada tengahhari saya diarahkan untuk membeli makanan tengahhari tuk 4 orang. Naik je ke atas saya lihat pam sudah ditarik bermakna oksigen masih ada dan dia bernafas sendiri tanpa bantuan...perlahan-lahan saya lihat nafas dia semakin lemah...jam menunjukkan pukul 3.30 ibunya meminta saya unuk duduk di sebelah dia sebab dia nak g makan...almaklumlah dari pagi tak menyuap takut dia tumbang. Akhirnya selepas petang semalam baru la saya boleh cakap dengan dia...saya rasa tenang sangat masa cakap dengan dia tu....selesai mk sdare mkan saya bg dia duduk di sebelah anaknya tiba-tiba..."along panggil abah long cepat...!" dengan kadar segera terus nampak kelibat si abah dan along nurse yang perasan akan mesin yang menandakan satu arah mula menarik kain langsir untuk ditutup. Saya melihat ayah sedara mengajar arwah untuk mengucap..saya nampak...saya nampak lidahnya bergerak akhirnya...."SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH MILIK ALLAH, DAN KEPADA-NYA LAH KAMI KEMBALI..." Tepat jam 4 petang, detik ini takkan saya lupa bagai terngiang-ngiang prbualan saya dengan arwah petang sebelumnya macam baru sahaja kami berbual...

Alhamdulillah pengurusan Jenazah selamat dikebumikan. Selepas disahkan meninggal urusan keluar dari hospital tak sampai sejam...ketua nurse pun cakap "eh cepatnya...biasa nak buat surat semua tu makan masa yang agak lama..." kami hanya mendiamkan diri...dalam hati aku berkata dia anak yang baik, solat tak pernah tinggal, sepanjang dalam hospital tak penah dia melupakan kewajipan dia sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Selepas disolatkan di Taman Guru, dan seterusnya bertolak ke Temerloh di tempat kelahiran ibunya. Alhamdulillah kami sampai di Kg. Teluk Ira, Temerloh tepat masuk waktu isya' solat jamak kami lakukan kerana perjalanan dari Kuantan ke Temerloh mengambil masa hampir 2 jam. Usai solat jamak, sekali lagi solat jenazah dilakukan sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Ira.

Alhamdulillah semuanya dah selamat. Pada malam tersebut tiga malam saya tak lena tidur sebab teringatkan dia. Sesekali air mata berlinang secara tiba-tiba sayu je rasa hati. Kawan saya cakap "mungkin sebab dia pergi masih baru...banyakkan sedekah al-fatihah ke arwah..." macam-macam lagi. Tinggal beberapa hari lagi nak dekat ke 10/4 bermakna sudah sebulan arwah pergi meninggalkan kami yang hidup.



"angah dalam tak sedar da sebulan angah pergi...alhamdulillah kok de da banyak berubah sikit, dulu kok de selalu malas bila tengok kecekalan angah kok de bangkit. Semoga ape yang kok de lakukan sekarang biarlah kekalkan ke Jannah. Ada satu kok de nak cakap masa jumpa angah first hari tu dan masa kok de bercakap sebelum angah pergi kok de nak sangat cakap...angah nampak handsome sangat dekat mata kok de kalah budak kemboja yang duduk depan angah tu..semoga angah sihat dan bersama orang-orang yang soleh..kami disini semua sayangkan angah..."


"UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN SEJAK ARWAH DISAHKAN MENGHIDAP KANSER, BELIAU TIDAK DAPAT LAGI BERJALAN SEPERTI RAKAN-RAKAN YANG LAIN AKAN TETAPI ITU BUKAN PENGHALANG DIA UNTUK BERJAYA. DIA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG CEMERLANG, SAKIT TIDAK MENGHALANG DIA TUK BERIBADAH, APAKAH KITA MANUSIA YANG SIHAT HENDAK TUNGGU SAKIT BARU NAK TERNGADAH...???"


Akhir sekali terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca sedikit kisah arwah adik sepupu saya..Marilah kita sama -sama memberi sedikit waktu untuk menyedahkahkan kepada orang-orang yang kita sayang yang telah pergi meninggalkan kita.

AL-FATIHAH...