1. PANDANGAN MATA
- Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali sahaja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk.
2. MAKAN GARAM
- Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
- Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
- Sesaat di jalan Allah lebih baik berbanding dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam qadar walaupun hanya sekadar "Hai kawan ayuhlah kita solat".
5. LANGKAH KANAN
- Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
- Nabi S.A.W. makan kurma dengan tiga jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
- Tiga orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
- Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting atau mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
- Jangan bersiul kerana sewaktu bersiul mula-mula dibuang kedunia, iblis menggembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KAKI TANGAN
- Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
- Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
- Panjang lengan baju Rasulullah S.A.W. adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
- Pakaian kesukaan Rasulullah S.A.W. adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
- Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah akan hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
- Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
- Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
- Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
- Tiga jenis orang yang tidak akan dipandang Allah S.W.T. pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta dan orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
- Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
- Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
- Pakai cincin perak dikelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama mana memakinya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
- Nabi S.A.W. tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kaki kiri dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
- Gunakan celak Ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
- Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah setengah betis dan tidak melebihi buku lali.
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
- Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal dimanakah anda akan solat.
26. MENGUAP
- Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
- Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama mana menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA MEMBUANG AIR
- Jangan menghadap / membelakangkan Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila berada di dalam bangunan itupun kalu terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH S.A.W.
- Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah S.A.W. menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
- Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap ke kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
- Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar amggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Terima Kasih...
- Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
- Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
- Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
- Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
- Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
- Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
- Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
- Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
- Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
- Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
- Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
- Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
- Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
- Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
- Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
- Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
- Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
- Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
- Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
- Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
- Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
- Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
- Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
- Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Terima Kasih...
2 comments:
NO. 2 Makan garam tu ada dalam buku'40 Kisah palsu tetapi masyhur disandarkan pada agama' . Mohon update pembetulan di bawah statement terima kasih.
Yang lain boleh check dengan
https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/?ref=page_internal
https://www.facebook.com/kempensemakhadis/
http://bicarathtl.forumms.net/t2506-semakan55-sunnah-nabi
Jawapan tentang kesahihan post di atas. Mohon admin sebarkan terima kasih
#Malaysian2020NakDekatJomTransformasiJadiLebihBaik
Post a Comment